Monday, August 26, 2013

.Close House.

Assalamualaikum

Hari sabtu lepas aku n husband ada buat makan2 sikit.. Senang cerita close house la hahaha.. Biasa kan open house ni kitorang buat versi ala2 close house plak sebab kitorang x jemput ramai orang. Jemput orang2 tertentu saja. Weolss jemput kawan2 husband time poli. Nak jemput reramai takut budget x lepas giteww.

Menu ari tu aku yang masak. Konfident level tinggi tauu nak masak untuk ramai orang. Ko hader?? Hehe.. Aku masak laksa, nasi goreng cina, rendang of course n nasi impit. Husband plak buat cocktail. Tu jela menu dia kalau tiap2 tahun buat makan2. Husband mesti offer diri buat cocktail sebab ramai puji cocktail dia sedap,hikhik.. Aku belasah ja.. Duet dia yang pegang terserah kat u.

Aku start masak dalam kol 10 sebab pagi tu baru tergedik gedik nak beli barang. Mana xnya malam sebelum tu aku, husband n kakak ipar aku p nsk selayang nak beli barang. Sebab apa p sampai sana.. Sebab pertama nak amek husband kakak ipar aku kat hentian duta. Alang2 dah p duta tu husband ajakla sekali p nsk selayang. Murah katernyeee. Last2 masuk ja nsk husband tengok queue kat semua kaunter panjang gila! Husband pun ajak weolss balik. Sabarrrr jelaaaa.. Dah jauh2 mai tiba2 ajak balik. Aduiii.. Husband cakap dia x sanggup nak queue panjang mcm tu. Bole tertido! Besoknya terpaksa beli barang kat kedai runcit saja. Kan dah buang masa kat situ.

Aku siap masak semua around 2pm. Makan2 ni start dalam kol 3 cmtulah. Kelam kabut jugak time tu takut x dapat siap, nasib ada kakak iparku tolong2 apa yang patut,fuhhh.. Semuanya berjalan dengan lancar tapi satu ja.. Makanan banyak yang lebih,huhuhu.. Lepas tu bertambah tambah plak tu. Kawan husband ada yang bawak kek, aiskrim. Cousin aku plak bagi kat aku 100 cucuk sate. Memang terbaik sate dia. Sedap! Sate tu laku la. Memang ramai orang makan sate tu. Yang paling terkilan sekali nasi goreng. B la.. Suruh aku masak nasi goreng sampai 2kg beras. Beli beras moghul basmathi plak tu. Kunun2 nak nasi yang panjang2 last2 semalam buang ja sebab basi,huh! Lepas ni no more nasi goreng!

Ni antara makanan yang ada time close house ari tu. Aku x sempat nak snap satu2 sebab bzzzzz sangat2. Al maklumla kan.. Tuan tanah.. 




Ni plak isteri n girlfriend kawan husband. Diorang ni dah macam kawan aku jugak. Dah lama kawan sebab dulu2 aku selalu gak join husband lepak dengan kawan dia. Masing2 bawak girlfriend. Bila diorang sembang kitorang pun sembang sekali. Kiranya rapat sebab husband masing2. 




Yang ni plak anak naqib dan my. Naqib ni classmate husband time kat poli dulu. Dalam banyak2 kawan husband dia la yang awal kawen. Ni la anak diorang. Azfar Az Zikry. Sedap kan nama tu.. Sehensem anak dia. Geram aku tengok. Azfar ni dah masuk 1 tahun 7 bulan dah. Dah bole cakap sikit2 dah. Bila cakap tu suara alahai lembut betoi,hehe






Ha.. Ni orang yang paling last sekali mai. Dalam kol 11 mlm kot.. Ada wedding katenyee.. Xpela.. Rumah kitorang ni x tutup lagi. Memang nak tunggu diorang pun sebab husband nak mintak tolong wan potongkan rambut dia. Jimat gitew x pyh p kedai rambut,hikhik. Wan ngn linda ni dah bertunang dah.. InsyaAllah bulan 11 ni diorang nikah. So, aku kena cepat2 la diet. Nak bergaya jugak time diorang kawen nty,ahaks!





Alhamdulillah..seronok bila orang mai rumah. Semoga Allah limpahkan lah rezki kat kitorang.. Aminnnn. Next year xtau lagi nak buat close house or open house. Ada rezki lebih bole buat open house kan :p

Bubye

P/s: banyak pinggan mangkuk tengah tunggu turn nak cuci. Jap ye!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.