Powered By Blogger

Thursday, March 21, 2013

.Tolonglah Faham!.

Assalamualaikum

Sakit hati bila bos tegur pasal aku selalu cuti. minggu ni memang aku asyik half day tapi aku ada sebab! isnin lepas aku half day sebab amani demam. pengasuh aku col bagitau amani macam susah nak bernafas. bila bukak baju dada dia berombak ombak. xkan aku nak biar? anak dah macam tu aku nak still keja?? apa jenis mak aku ni. husband time tu cuti. so dia mintak aku half day sebab nak bawak amani p klinik. 

Semalam aku half day lagi sebab nak bawak anak2 p cucuk monthly. yg ni memang kena p la sebab dah ada appointment ngn klinik desa. nak harap husband sorang mana bole. xkan husband nak dukung dua orang baby. esok plak aku kena cuti sebab pengasuh aku balik kampung ada kenduri kawen. sapa nak jaga anak2 aku? mak kt kampung. nak mintak tolong mak mentua x bole jugak. esok mak sekolah lagi. memang aku terpaksa cuti. 

Tadi bos jumpa aku cakap pasal benda ni. dia cakap zu ni selalu cuti. anak p cucukla, lelahlah. what the %#*&!! aku balasla 'dah betul sakit bukan zu saja saja nak cuti'. time tu memang aku bengang. nak tengok muka dia pun sakit hati. ada ka cakap macam tu? dia x pikir ka aku ni ada anak kembar. dia x penah handle dua orang baby sekaligus bole la cakap macam tu. 

Bila dah jadi macam ni semangat aku nak cari keja lain makin kuat. aku x suka bila ada orang pertikaikan apa yang aku buat. bukannya aku cuti or half day aku duduk saja kat rumah. aku buat semua untuk anak2 aku. 

bubye

p/s: satu hari xdak mood ~_o

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.