Sunday, March 17, 2013

.Terima Kaseh Mak!.

Assalamualaikum

Ari ni start aku jaga sorang2 anak2 aku. fuh.. takut ada, excited pun ada. mak aku balik kampung sebab nak p amek duet br1m. balik sampai hujung bulan. sebenarnya aku dah bincang ngn mak aku. insyaAllah klu aku okay jaga anak2 aku, mak aku terus nak dok kat kampung. mak aku dah x larat. dah lama dok jaga cucu saja. dulu jaga anak2 kakak aku. sekarang jaga anak2 aku plak. sampai bila aku nak harap mak. mak dah makin tua. mak cakap dia nak beribadat. aku x larang. aku sokong lagi ada la. aku harap semuanya berjalan dengan lancar tambah2 bila husband keja shift malam. aku harap xdak apa2 la.

Dulu masa tengah pregnant, xtau lagi aku pregnant twin aku dah plan aku xmau mintak tolong mak jaga anak aku. biarla hantar pengasuh. aku klu bole xmau menyusahkan mak. aku dah tengok mcm mana mak jaga anak2 buah aku. kesian sungguh.. tapi bila dah tau anak aku ni twin nak xnak aku kena jugak mintak tolong kat mak. dahla anak sulung. apa benda pun aku xtau. nasib baik mak okay ja. 

Sekarang anak2 aku dah 6 bulan. mak aku pun dah lama tolong aku jaga anak2 aku. dah sampai masa aku amek balik keja jadi ibu 100%. jadi isteri 100%. xpa la.. demi mak.. mak pun dah 61 tahun. dah x larat. aku kena kuat. buat apa nak takut. dua2 anak aku,hehe.. kena jaga jugakla. doakan aku semoga mudahlah aku nak menjaga dua angel ni ya,hikhik..

bubye

p/s: bila dah start jaga anak2 ni rasa2 bole kurus dak?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.