Thursday, September 18, 2014

.Happy Birthday Zara's 2 Years Old!!.

Assalamualaikum

Syukur Ya Allah.. 14 sept 2014 lepas (ahad), genap umur zara's 2 tahun. Aku dengan husband xde pun nak sambut bufday diorang. Plan tu ade macam nak buat makan2 sikit, jemput2 orang sikit, potong2 kek sikit. Mak diorang ni siap plan tema. Gigih dok donlod kat tenet. Tapi rezki nak buat parti macam tu xde lagi. InsyaAllah kalau ade rezki tu nty kitorang buat la walaupunn lambat. 

Kebetulan FIL datang rumah last weekend. Tu pun last minit sebab ade kenduri rumah cousin husband. Diorang suami isteri nak pegi haji. Memang kebetulan sangat dengan bufday zara's FIL datang rumah sebabnya tahun lepas pun bufday zara's FIL pun ade datang rumah jugak. 

Lepas abes kenduri mak ajak pegi tesco nak beli nugget shapes. Yang alphabet tu. Macam2 la idea mak, hehe.. Lepas tu beli kek sebijik. Terima kaseh mak sebab susah2 je nak sambut bufday zara's. Terharu plak aku..

Sampai je rumah terus mak masak potato alphabet tu. Oh ya, nugget xde. Jenuh cari. Yang ade potato je. Jadila.. Nak hias je pun kan. Pastu potato tu hias kat nasik macam ni ha. Mak cakap plan dia nak buat pulut kuning. Xnakla makan kek dah sebab ade orang kencing manis, aku lettew hikhik. Tapi x sempat.. Nasik putih pun jadila.. Aku hias sikit2 guna bunga cengkih. Lawa sikit kan.




Zara's pakai baju cenggini jerk. Lawa la tu eyh.. Xde sapa pun.. Kitorang2 je.. Yang penting baju tu baju elsa. Dah cantik sangat dah kat mata diorang hihi..








1st time potong kek sendiri. Tu yang jakun lebih. Suka sangat sampai nak lunyai kek tu. 





Bila belek balik gamba2 diorang ni rasa nak nangis pun hade, sobs sobs.. Dah besar rupanya anak2 ummi. X sangka cepat betul masa berlalu. Lepas ni nak ade adik dah. Dua2 dah nak jadi kakak. 

Harapan ummi, zara's dapat jadi anak2 yang solehah. Ingat pesan ummi dengan ayah selalu. Pandai jaga diri sebab zara's dah makin besar. Ingat, ummi dengan ayah sayangkan zara's sangat2.. Zara's adalah harta dunia akhirat ummi n ayah. Ummi n ayah sentiasa doakan kesejahteraan zara's. Loves u both! *nangis sedu sedan*

Bubye

P/s: dah besar anak2 ummi. X sangka sungguh.. Even dah besar korang tetap baby kat hati ummi :')


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.