Sunday, September 7, 2014

.Resepi Spageti Aglio yang Sumpah SImple.

Assalamualaikum

Dah lama x share resepi kat sini kan. Aku kan jarang masak. Cuma time weekend je yang terrajin sikit kalau x semua nya x sempat. Almaklumla.. Keje keluar awal balik lewat petang x dapat nak masak dinner yang bagai2.

Resepi kali ni aku nak share macam mana nak buat spageti aglio. Ni 1st time aku buat tau. Bahan pun x cukup sebab tu tajuk dia simple hihi. Sodihhh! Xpela, asalkan sedap dan ade rasa spageti aglio pun okay kan.

Bahan-bahan:
1/2 paket spageti
Udang 6 ekor
Sotong 3 ekor
Bawang putih 3 ulas
Cili kering 3 tangkai (kalau ada chili flakes lagi bagus)
Serbuk lada hitam
Serbuk origano
Minyak (kalau ada olive oil lagi bagus)


Macam biasa kalau nak masak spageti kena rebuih dulu naaa.. Masukkan sikit minyak masak dan garam. Fungsi minyak masak untuk xnak bagi melekat.


Tumis bawang putih dan cili kering. Cili kering tu potong macam gambar bawah ni. Ikut suka korangla nak letak cili kering banyak mana. Aku x letak banyak sebab zara's nak join makan sekali :)


Masukkan sotong dan udang. Kalau nak tambah seafood lain pun hokey je. Ikut suka tekak korang k.


Masukkan spageti dan perasakan dengan lada hitam dan origano. Letak garam sikit.


Tadaaa.. Dah jadi spageti aglio aku yang pertama kali ni. Husband cakap sedap tapi bagi aku bole lah.. Kena buat betul2 pasni bagi lagi sedap hehe..


Bubye

P/s: Ginilah bila dah jadi isteri.. Dari x pandai masak terus pommmm!! Jadi chef, ko hado?!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.