Sunday, September 7, 2014

.Weekend Bersama.

Assalamualaikum

Amboiiiii kemahinnn tajuk kan.. Macam husband iolss dok keje 7 hari seminggu teheeeee.. Saje tajuk kasik gempak. Memang tetiap minggu husband kena keje sebab diorang ade task time weekend tapi xdela dua hari tu dia kena masuk. Pilih salah satu hari la sebab dia ade partner. So, hari ni husband keje aku dok rumahlah jaga zara's *macam biasa*. Sebenarnya nak citer pasal semalam. Husband cuti time ni lah kitorang nak berbonding.

Kalau husband cuti mesti aku ni kan ade je plan nak p jalan2. Bosan ah asyik dok rumah je. Kalau x jalan menggeletar kepala lutut. Bawak pegi kedai pun jadi laaaaa.. Nasib orang x pandai bawak kete gini lah huhu! Semalam ajak husband p aeon big nak p carik almari untuk zara's. Selama ni dok pakai kabinet 5 tingkat tu je. Nak susun atur pun dah xde idea. 

Sebelum nak p aeon tu kitorang makan kat rumah dulu. Sepp sikit kan. Tetengah bulan ni almaklumlaaa.. Sebenarnya husband yang masak. Aku tolong je sebab husband ade beli udang galah. Dia nak masak lemak cili api. Aku kan x bpe nak terer masak lemak cili api ni so surrender awal2 la. Sori la b. Ingatkan dia nak masak tu je rupanya tengok2 dah siap semua *sengih luas2*

Tadaaaaaa.. Masak lemak cili api udang galah dedebu cinta, ayam goreng kentucky senja nan merah dan bayam tumis puncak kasih. Memang torrrbaikkkk b! Thank you dear..




Lepas abes makan siap2 terus keluar. Pegi tropicana hospital jap nak melawat kawan karib husband kena admit sebab positif kencing tikus. Bahaya la sekarang ni. Dalam masa sebulan ni je dua orang kawan aku kena kencing tikus. Kena hati2 terutamanya orang yang suka minum air tin. Sebelum nak minum air tin tu basuh dulu. Tu salah satu punca tu. 

Sebelum jumpa uncle naqib kita main dulu eyh. Seronok tengok diorang main. Biasa asyik terperap je bila dah bawak main ni punya la suka. Kesian zara's. Ummi dengan ayah asyik sibuk je kan. Sori eyh!



Sampai rumah kol 8. Husband request nak makan spageti aglio. Bahan2 dah siap beli kat aeon big. Ni 1st time tau aku masak spageti aglio. Biasa masak carbonara or balognese je. Kaklai la ni dok asyik masak spageti aglio sampai husband ngidam nak makan lagi. Xpela b, demi b ayg sanggup masak. Gigih tau bini dia ni dok gugel resepi hihi! *resepi nty aku post new entry k!*

Ni la almari baru zara's. X mampu nak beli yang mahal2. Beli pun kat aeon big je. Bawak balik sendiri, pasang sendiri. Alhamdulillah.. Syukur Allah bagi rezki.. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezki oleh Allah.. Terima kasih b sebab pasangkan almari anak sampai lewat malam.


Bubye

P/s: memori sangat bila bersama dengan husband n anak2. Memori ni la yang akan aku ingat sampai bila2. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.