Powered By Blogger

Friday, September 5, 2014

.Suka Suka Susunatur.

Assalamualaikum

Sebenarnya kan.. Aku ni miiiiinnnnnnaaaatttt lah sangat mendeko dan meyusunaturkan rumah. Minat ni mai since aku dah kawen le. Dulu time bujang ade lah sikit. Tapi bila dah kawen ni pastu join plak dengan kawan2 yang semua totally dah kawen n diorang plak memang minat mendeko, so aku pun terjebak sama. Setiap hari kalau makan kat cafe x sah kalau x citer pasal deko2.. Pastu share gambar rumah yang cantik2. I is sukaa!!

Masa bujang dulu aku sewa rumah dengan adik beradik aku. Kakak aku yang no 2 tu, kaklai memang gila kemas rumah. Dulu kalau kitorang bosan tv dok tempat yang sama mesti kitorang tukar. 2 bulan sekali jugakla kitorang dok asyik ubah tempat je hihi. Sekarang kalau p rumah kaklai mesti eksaited sebab tengok rumah dia yang kemas giler walaupun dia dok kat kuarters je. 

Aku ni dah lama sebenarnya nak sharing2 dengan uolss pasal bab2 susunatur ni tapi nak share dalam blog ni cam x besh plak sebab aku kan menyewa saja. Kalau rumah sendiri tu xpelakan. Tapi bila aku dok gugel2 blog susunatur ni ade je blogger lain yang share rumah sewa diorang. X salah kannnnn.. So, kali ni gigih tau aku nak share sikit2 rumah sewa aku yang cinonet ni hehe..

Kalau ko tinggal kat area kl/selangor ni jangan mimpi lah ko nak menyewa kat rumah teres sebab kat kawasan ni mahei. Aku ni mampu sewa tahap apartment a.k.a flat je. Tu pun dah kira syukur Alhamdulillah.. Kira cukup selesa lah kitorang anak beranak dok kat sini.

Okay, aku share sikit gambar rumah sewa aku. Ni baru lepas kemas.. Kalau x bersepah yang amat! Tu Zara's punya keje lah kalau bersepah tu. Baru nak lega sikit x sampai sejam dah sepah balik. Tarik napas iolss tau. 


Aku jenis yang suka simple2 je dan modern. Sekarang aku minat kaler putih plak. Rasa macam nak cat putih, pintu kaler putih tapi owner rumah x kasik, tskk.. Sabar jela.. Setakat ni yang ni je yang kitorang mampu sediakan untuk rumah cinonet ni. Nak tambah perabot lain aku rasa x kot sebab aku lagi suka ruang yang luas. Nampak lagi besar kan.

Kabinet dapur tu memang awal2 masuk dah ade tapi kabinet nya sikit sangat. Banyak barang lagi yang x bole nak sumbat kat dapur tu. Terpaksa lah aku cari alternatif lain. Dahla dapur kecik, kalau 3,4 orang masuk mau pengsannn. Pasal dapur ni next entry aku citer lebih detail k sebab aku ade buat susun2 atur sikit untuk bahagian ni. 


Langsir yang x bpe nak cantik tu owner punya hihi.. Memang masuk2 dia dah siap pasang langsir kt semua tingkap. Buat masa sekarang aku x penah lagi tukar langsir. Ni je langsir yang aku ade tau. Tingin jugak nak pakai langsir baru tapi husband asyik x kasik je. I is sedih hokey. Apsal x bagi b? X baik tau hampakan orang tgh nandung ni huhu!


Ni jela yang aku dapat share dengan korang. Banyak lagi benda aku nak buat. Korang tunggu jela next entry aku pasal susun atur ni. InsyaAllah, doakan aku rajin selalu eyh.. Kalau rajin baru la terisi blog ni hehe.. Korang punya idea susun atur camne plak? 

Bubye

P/s: InsyaAllah kalau ade rezki beli rumah sendiri, banyak dah plan aku nak buat. Semua dah ade dalam kepala hotak aku ni, mihmih.. Kena simpan duet je la jawabnya...








No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.