Powered By Blogger

Wednesday, July 9, 2014

.Manyak Anginnn.

Assalamualaikum

Hari ni aku nak citer pasal angin. Bukan angin bawah ye.. Angin atas bhahaha.. Aku ni kan jenih gedik2 sikit. Pantang tengok orang pakai, orang makan mesti aku nak try jugak. Kakak ipar aku, kak anis masa dia pregnant dulu dia makan shaklee. Dia amek shaklee B Complex dengan shaklee vitamin c. B Complex tu untuk ganti acid folic. So, bila dah makan B Complex tu x payah dah makan acid folic. Harga dia pun bole tahan mahal oooo..

Pastu kawan kat tempat keje aku ni pun time pregnant dia makan shaklee jugak. Bila turn aku pregnant, aku pujuk husband belikan aku shaklee B Complex. Penat aku dok citer kat husband pasal kebaikan shaklee ni. Husband pun akhirnya kalah dengan pujukan isteri dia ni,huhu!

Aku sempat makan shaklee ni setakat 2 minggu saja sebab bila aku makan angin dalam badan aku tersangatlah banyak. Sampaikan aku x bole nak bangun p keje. Jenih badan aku ni x pandai nak keluarkan angin *ngengada sangat tau*. Nak kentut x pandai. Kalau kentut tu lega la sikit kan. Nasib aku dengan husband 1 department. Husband la tukang urut badan aku bila angin ni mai. Jahat sungguh tau angin ni. Bila dah urut tu bole la sendawa sikit tapi even dah sendawa pun angin tetap x kurang2. Confuse aku!

Aku pun whatsapp kakak aku, si kaklai tu. Aku tanya dia camne nak buang angin dalam badan. Makanan ape yang jadi punca angin ni. Dia tanya aku ade amek shaklee ke. Aah, aku baru start makan 2 minggu lepas. Dia cakap shaklee ni diperbuat daripada soya. Soya tu angin. Laaaaaa.. Baru aku perasan. Aku start banyak angin time mula 2 aku amek shaklee ni la. Husband mintak aku stop kejap makan shaklee. Saja nak test betul ke shaklee ni penyebab angin dalam badan aku. Bila dah stop memang xde angin. Badan pun x sakit2. Husband pun perasan aku dah x merungut mintak dia urutkan aku, hahaha kongajo!

Nasib aku try awal shaklee ni sebab aku ingat time pantang nty aku nak beli set bersalin shaklee. Bila dah jadi macam ni, idokle teman.. Mungkin orang lain makan shaklee okay tapi untuk badan aku ni memang x sesuai. Aku xde nak kondem produk shaklee ni tapi bagi sesapa yang okay dan serasi dengan shaklee teruskan lah. Ni aku saja share experience aku dengan produk shaklee. Sekiaannnnnn..

Bubye

p/s: Dah rasa tua sangat bila angin banyak dalam badan. Sikit2 sendawa. Malu kiter..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.