Thursday, July 10, 2014

.Nasi Goreng Daging Punya Cerita.

Assalamualaikum

Semalam kan aku godek2 instagram kak filla, blogger femes tu.. Nampak 1 gamba dia post nasi goreng daging. Urmmpppphh.. Tengok macam sedap je. teringin plak amk buyong ni nak makan nasi goreng daging. Bagitau husband, dia pun setuju je lagipun husband cakap dia memang nak makan nasi goreng time berbuka tapi takut aku xnak sebab xde lauk lain. Ape la b ni. Xnak tanya dulu, xtau ke wife b ni semua makanan dibantainya huhu!

Aku pun gugel la resepi nasi goreng daging tapi versi blogger peejburhan la, sebab kak filla tulis kat insta dia amek resepi peejburhan. Aku pun apa lagi, terus salin resepi.

Balik keje terus p kedai runcit beli barang apa yang xde. Daging memang dah ade kat rumah, senangla x payah jenuh nak p pasaraya plak kan. Balik2 terus bersilat. Nasi aku memang dah sedia awal2 beli kat cafe. Banyak jugakla aku beli sampai bole makan ke sahur. Tu pun siap gaduh dengan husband masing2 suruh habiskan.




Ni la rupa nasi goreng daging yang aku masak. Gigih tau, nasib sedap bhahaha!


Sapa2 yang teringin jugak nak buat nasi goreng daging ni bole la tengok kat blog peejburhan. Aku ni cedok resepi je segan plak nak share resepi orang dalam blog ittew. 

Bubye

p/s: Setiap hari asyik dok pikir nak masak ape la untuk berbuka karang. Kadang tu sampai pening kepala aku nak pikir. Susah jugak jadi mak2 ni kan ;p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.