Powered By Blogger

Monday, July 6, 2015

.Ramadhan Kareem 2015.

Assalamualaikum

Sori la uollllssss.. Dah lama iolls x menghupdate. Bulan 6 punya update yilek. Kes cabaran 30 hari berblog itu hari pun yilek. 3 hari je iolls mampu update lepas pada tu padammm. Last2 update time bulan pose gini je. X terlambat lagi rasanya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua my silent reader.. Eh, ade ke silent reader ekekeke.. 

Banyak mende sebenarnya aku nak share tapi jenoh nak masukkan dalam 1 entry ni. Slow2 naaaa.. Sempena bulan puasa yang mulia ni aku nak cerita pasal life kitorang laki bini time bulan pose ni sejak ade 3 orang anak. Gittew..

Time bulan pose ni bes sikit sebab tempat keje aku bagi choice untuk kitorang balik awal tapi kena masuk awal la. Choice yang di beri masuk pukul 7am - 4.30pm or 7.30am - 5pm. Harussslahhh kitorang amek pukul 7am tu. Pikir senang nak masak kat rumah. Xmo lah beli lauk pauk kat bazaar ramadhan. Kadang beli x kena anak tekak. Selera lari. Mahai plak tu. Baiklah kite bermasak masak sahaja kat rumah. Letih macam mana pun still bole jimat lagi. Maklumlaa hidup zaman GST ni kena berjimat cermat kalau x silap hari bulan tinggal bawah jambatan makan pasir la. 

Kitorang bangun sahur pukul 4am. Mandi dulu baru makan sahur. Awalkan mandi. Lantokkk. Aku x biasa lepas makan mandi nty perut muncit haha! Masak2 ni semua husband yang uruskan. Aku nak je masak tapi azhad mengatasi segalanya. Azhad xnak kat husband. Kalau husband pegang mula la dia ehek ehek. Tu yang husband x koserr nak pegang dia tu. Dia lagi suka pegang senduk dgn sudip. Aku tunggu siap, makan haha!

Time bulan puasa ni kat kl/selangor panas sungguh! X bole tahan kalau bukak puasa minum air suam. Dalam pala hotak ni dok pikiaq air manis je. Dahaga sangat! Pantang gula dengan tepung semua aku langgaq haishhhhh kesian azhad!

Ni time weekend. Sejak jadi mak2 ni rajin sungguh aku buat DIY. DIY popia je. Jadilah daripada xde. Nasib sedap weh. Husband siap puji sedap. Kembang semangkuk bini dia ni kena puji. Aku siap buat banyak2 terus simpan dalam fridge. Bila rasa nak makan goreng je. Settle. 



Lagi 10 hari je lagi nak raya tapi aku x sempat nak p terawih sobs sobs. Lagi2 10 malam terakhir ni kan.. Sedihnya..

Till then, bubye




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.