Powered By Blogger

Sunday, September 1, 2013

.Bekfes ku Si Murtabak Megi.

Assalamualaikum

JUMAAT : 30 AUG 2013

Hehe.. Aci x tajuk entry hari ni. Well, iolss kan cuti hari ni. Ate dah esoknya hari merdeka, hari ni dapatla cuti public holiday aka replacement. Memang cuti camni la yang aku tunggu2. Tapi sedeyy husband nak kena masuk ot plak, haish! Nampaknya tinggal kami bertiga jela melapok kat rumah di hari jumaat yang mulia ni.

So, pagi tadi aku siap melantak murtabak megi. Aku sendiri yang buat tauuuu. Perut aku ni memang perut orang kampung sikit. Pagi2 dah amek makanan berat. Manala x gemuk badan kauuu!! Nak makan cornflakes+susu bagai aku x pandai. Dah ghupa orang kaya plak kalau makan cornflakes pagi2. Taunya dek husband aku mau dia gelakkan aku 7hari 7malam. X koseeerrrrr aku.  

Husband p keja dalam pukul 6am. Anak2 dah siap sedia bangun masa husband tengah mandi lagi. Memang x cerahla masa depan aku nak sambung tidoqq. Bila husband dah p baru la mata zara's ala2 kuyu gitew. Tu nak mintak ummi dodoikan lettew. Tauu dah korang suka dengar suara ummi pagi2 ni kheenn.. Jom2 ummi buaikan ;p

Dah lena dua beradik tu, aku dengan gegasnya mula bersilat cari bahan nak buat murtabak megi. Nasib semua bahan ada. Terbaeklahh! Maknanya hasil murtabak megi ni mesti vogue da vass kan kan kan

Oke oke.. Aku akan cerita satu persatu mcm mana aku buat murtabak megi versi hakakk ya. Mula2 kena ada megi tau. Eh2 mestilah kena ada dah resepi pun murtabak megi. Dah kau ni kenapa?? Megi tu x kesahla nak megi brand apa. Tapi rencah dia mesti mau yang jenih kari punya. Xmau la jenih rencah ayam. Tu budak2 bole la makan. Ni mak budak tau. Kiterr makan yang pedas2 sajo. Kang dapat buasir kang terdiam kauuu. 

Megi ni kena celurkan kasi dia lembik. Xkan nak masak keras2 plak kan. X masuk dek akal rasanya. Sementara tunggu megi masak, sediakan bahan lain ya. Potong segala mak nenek bawang kuning or bawang besar dan cili padi. Tengok, dah la pakai rencah kari pastu tambah cili padi plak tu. 



Bila megi dah masak, toskan dan campurkan dalam bekas berisi bawang kuning dan cili potong tadi. Pecahkan 2 bijik telur. Oke, jangan pening kepala.. Nin dia tips dia. Kalau pakai 1 pek megi kena guna 2 bijik telur. Kalau 2 pek megi pakai 4 bijik telur. Senangkan.. Darab 2 ja. Apa? Fail matematik?? Xpa.. Guna ja calculator.. Kata pakai henpon canggih,hikhik.. Gaul semua bahan. Letak garam halus sikit dan black pepper. Gaul lagi sekali. Last sekali letakkan keju. Carik2 kan ja. Kalau xmau letak cheese pun xpa..




Panaskan kuali. Aku masak pakai minyak olive oil. Actually aku beli ni sebab nak guna untuk masakan zara's. Tapi xpela kita share2 ya. 



Bila kuali dah panas sila masukkan megi tadi. Pandai2la korang buat dia jadi macam murtabak.



Ni la murtabak megi versi aku. Sedap dan enak bila makan time panas2.hee.. Sapa2 yang rajin masak mcm aku tu bole la amek resepi ni.



Kbai

P/s: patutla berat dah makin naik.. Kje dok up entry pasai makanan saja minggu ni,ppffht..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.