Thursday, September 19, 2013

.Pais Telur Ikan.

Assalamualaikum

Pheww.. Hari ni hari hupdate blog sedunia ya. Kalau dah dapat hupdate gini la jadinya. Keja nak dok hupdate saja,hewhew.. Oke, kali ni aku nak share salah satu feberet lauk yang paling aku suka. Bila balik kampung mesti aku cari. Telur ikan duri. Aku x sure kat sini ada dak telur ikan ni sebab selama aku dok kat kl ni x penah plak aku jumpa orang juai telur ikan duri. Musykil aku. Kalau balik kampung ja mesti ada. Tu sebab kalau aku balik kampung aku mesti beli telur ikan ni punya.

Biasa telur ikan ni aku swoh mak aku masak pais. Ada jugak orang buat gulai tapi aku x berapa nak minat sangat sebab dah biasa kan makan gulai2 ni. Kalau telur ikan ja mesti kena masak pais. Pais ni sebenarnya masak dengan daun pisang. Selain telur ikan, ikan sepat pun bole buat pais ni. Sedaip gilerrlah!!

Oke, ninndiaa resepi pais yang simple mimple ni. Ni mak aku yang buat. Nak swoh aku buat sori la. Takuit x jadi ja,kuikui. 1st, basuh dulu telur ikan tu. Kalau bole basuh dengan limau nipis or air basuhan beras yang pertama. Sebab apa aku pun xtau. Aku rasa sebab nak buang hanyir kott.. 


Tumbuk bawang kecik, bawang putih dan cili padi. Lagi pedas lagi sedaip. Terangkat bontot,kekeke.. Ni cili padi kampung punya. Memang pedas. Tengok ja kecik. Kecik2 cili padi!



Toskan telur ikan tadi dan cuci dengan asam jawa. Bagi buang hanyir dia. Lepas tu, campurkan bahan2 yang dah siap tumbuk tadi, serbuk kunyit, garam halus dan air asam jawa.



Dah siap semua, p letak kuali kat dapur gas. Letak kan daun pisang dulu dalam kuali tu sebab kita nak letak telur ikan atas daun pisang. Macam gini la bentuk dia.



Lepas tu jangan biar ternganga camtu jerk. Tutupla lagi dengan daun pisang. Tutup bagi x nampak apa lagi baguih. Senang dia nak masak.


Jeng jeng jeng.. Ni lah hasilnya. Memang huduh sikit rupa dia tapi bila makan xtau nak cakap macam mana dah. Ni pun menaip dok leleh air liur saja. Nak suruh orang balik kampung lagi lettew. Kopak dah nak balik kampung semata mata nak cari pais ni. Awatla kampung dok jauh sangat? Kalau dak esok aku dah fly, cewahh.


okbai

p/s: x suka tau dok up entry pasai makanan. kitew nak dietla,huh!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.