Tuesday, September 24, 2013

.Gemuk Sudah Apakah?.

Assalamualaikum

Uhuk uhuk.. Tensi aku. Asyik cerita pasal berat badan ja. Kadang aku dah naik meluat nak up entry pasal ni tapi nak buat macam mana. Ni la musuh utama aku. Sejak dari dulu lagi. Aku sampai dah x larat nak diet. Sikit2 nak kena diet. Nyampah haku *ketap bibir*

Badan aku ni memang cepat naik. Nak kata aku melantak banyak xdak sangat pun. Biasa saja. Tapi aku rasa badan aku ni ikut keturunan *sedapkan hati*. Kebanyakan family aku badan memang cepat naik. Kalau x jaga sikit alamatnya memang gedempol la. Aku ni ha sekarang ni dah cecah 70kg. Ngeri mak uollss. X penah2 berat aku naik sampai 70kg kecuali masa pregnant dulu la.. Tu pregnant xpa. Ni isi pun xdak berat yang amat.

Dulu kan aku semangat gilerr nak try diet atkins tapi asyik fail ja. Sempat start dua hari saja lepas tu aku dah ketagih nak makan nasik. X bole woii nak tinggal nasik. Perut aku ni perut orang melayu. Bekfes pun kadang nak kena makan nasik. Mana la aku x gemuk. 

Aku ada la sembang dengan husband pasal ni tapi dia cakap aku x gemuk pun. Aku musykil jugak. Husband ni nak jaga hati aku ka? Xkan 70kg tu kuruih lagi. Aku ni dahla x tinggi mana. Kalau 153cm tu lawan dengan 70kg dah memang obesss. Aku obess?? Oh tidak! Susah nauuu nak kurus kalau camni. Lemak pun dah naik tepu. Orang lepas bersalin makin kecut aku plak makin kembang.

Nak xnak aku kena diet jugak. Aku paksa husband guide aku. Dia kan bab jaga makan ni no 1. Aku ni dari dulu x berapa nak makan sayur. Sejak kawen husband paksa aku masak sayur sebab husband x bole makan kalau xdak sayur. Pastu bila makan dia suka letak sayur banyak2 dalam pinggan aku *nyampah sangat*. Husband ni jenih makan banyak. Bagi ja makan apa semua dia telan tapi badan dia tetap selim melim macam sebelum kawen giteww. Kadang aku pun naik jeles. Apa pasal badan aku sorang ja naik dia tetap menten camtu? Gewam gegurl. 

So, bak kata husband aku.. Dari saat ini aku kena start diet balik, hwahwa.. Nty kalau rajin aku share apa yang aku makan time aku diet ni eyh. Doakan aku tabah menghadapi ujian diet ni. Aku kena ada supporter. Kalau x mesti balik nty aku nangis2 ajak husband p makan kefci. X caya sudah! 

Ok last sekali ofcoz la kena hupdate gamba tuan tanah, kekeke




okbai

p/s: nak sihat, nak gojes ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.