Saturday, January 16, 2016

.Hi 2016.

Assalamualaikum

Ya ampunnnnn... Agak lama aku menyepi. Sebenarnya dalam aku menyepi tu aku kira2 nak stop untuk berblog ni. Hmmmm.. Tapi bila dah decide xnak terlibat dalam dunia blogging ni *ewah ayat tu* rindu plak jari jemari aku ni nak menaip. Dalam kepala ni bersusun weh cerita yang aku nak share kat sini so akhirnya aku decide jugak untuk teruskan menulis walaupun blog ko x ramai follower kahkah! Eh, ade aku kesah ke? 

Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 3 kita kat tahun 2016. Dah macam2 jadi dah. Awal tahun 2016 aku dah sakit. Well, dat's how i celebrate the new year ihiks. Seminggu gakla aku sakit sampai susu aku drop. Kesian azhad. Aku x lalu nak makan, nak minum. Badan sejuk je menggigil2. Dahla time aku sakit tu aku ade presentation tapi i can't make it. Thanks to Vivek sebab sanggup back up aku. Next quarter memang aku kena hadap gakla presentation ni adehhhh..

Lepas aku baik demam je anak2 aku plak menyusul. Nasiblah demam dorang x kuat. Cuma batuk2 je. Risau gak aku bila tiga2 orang sakit. Bila dah baik demam, si zaras tu naik gatal2 plak. Memula tu Amani yang naik cam kudis2 tu. Husband bawak dia p klinik, doc bagi antibiotic dengan ubat gatal. X lama lepas tu Amalia plak berjangkit haishhh.. Bila dah dua orang kena sakit yang sama aku pun share la dorang ubat. Last2 dua2 x termakan sebab aku tengok kudis si Amani tu dah makin ok. X lama lepas tu naik balik huhu! Cobaan... Ni baru je bawak dorang berdua ke klinik. Kali ni aku pastikan dorang makan ubat n sapu ubat tepat pada masanya. Kesian zaras..

So tahun 2016 ni awal2 1 family aku ditimpa kesakitan. Hopefully ni bukan satu petunjuk yang tahun 2016 ni tahun malang buat kami sekeluarga. Nope, aku x percaya benda2 ngarut camtuh. Ni cuma sedikit ujian yang Allah timpakan untuk kami. Ujian tu kan tanda Allah sayang. Just be positive kan. Aku doakan tahun ni rezki kami sekeluarga murah dan meluas. Nanti lah next entry aku share aku punya azam. Azam sangat ko kan haha! Tahun lepas punya azam pun banyak x tertunai lagi kikiki..



Till then, bubye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.