Powered By Blogger

Thursday, August 9, 2012

S.A.K.I.T

Assalamualaikum.

Hye! minggu ni babies dah 31 weeks. maknanya skang kandungan saya ni dah masuk trimester ketiga. waaa, dah x lama dah.. pasni babies dah nak keluar, x sabar ayah ngn ummie nak jumpa babies ('',) Baju2 semua ummie dah siap basuh cuma tunggu nak letak dalam beg je lagi. bila kandungan dah masuk trimester ketiga ni rasa dah x larat sangat2. kalau berdiri tu x bole lama2 nty mula la mcm cacing kepanasan. satu lagi problem bila duduk atas lantai nak bangun balik, masyaAllah.. mesti kena ade orang tarik x pun pegangla dinding ke ape ke untuk bangun T_T

Masa jumaat lepas kat tempat keje, ari2 saya sakit sangat2 sampaikan saya x mampu nak berjalan. aduiii, memang x tahan. bila nak berjalan tu terpaksa slow2. rasa mcm benda bawah tu nak tercabut je, huhu.. agaknya kepala babies dah ke bawah kot sebab tu lah sakit sangat. sebelum ni memang dah ade rasa sakit ari2 tapi xdelah seteruk ni. inilah sakit ari2 yang paling dasyat sekali, sampai nangis jugakla depan en b. dia pun x bole nak buat pape just dapat pujuk je. bila sampai umah die siapkan semua benda utk berbuka. saya disuruh rehat je. kadang2 rasa bersalah sangat bila tengok en b buat semua keje. masak nasi la, masak lauk, siapkan lauk untuk bersahur. patutnye tu semua keje si isteri tapi en b plak yang kena buat. 

Minggu ni jugak kaki dan tangan saya dah naik bengkak. kaki ni dah macam kaki gajah. kasut yang  selalu saya pakai tu dah x muat so terpaksalah cari kasut baru. saya beli selipar je senang pakai dan ringan. bila kaki dah start bengkak ni kalau time solat, duduk antara dua sujud saya rasa macam kaki nak meletop je, ayoyo.. ngeri. bila ditekan kaki ni die naik balik. orang tua2 cakap kalau bengkak ni dah surut tandanya kita dah nak bersalin kan. tapi saya baru 7 bulan xkan nak bersalin skng. kesian kat babies. saya harap biar la diorang ni lahir cukup bulan x pun lahir berat diorang lebih 2kg pn jadila. babies saya kecik lagi, kesian kalau diorang lahir skng, huhu..

Saya harap saya bole control lagi keadaan saya. selagi saya larat berjalan selagi tu jgkla saya gagahkan diri pegi keje. Alhamdulillah, bos amatlah memahami even dia lelaki. x kesah klu saya asyik cuti sebab dia faham situasi saya. klu saya kat ofis, dia datang tempat saya tnya khabar saya. dat's my bos, jehan. =)

okbai

p/s: tengah tahan sakit T_T

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.