Wednesday, August 15, 2012

.Sayang Mak Dunia Akhirat.

Assalamualaikum

Saya sayang mak. mak segalanya bagi saya. tahun ni umo mak dah cecah 60 tahun. memang dah tua tapi mak masih kuat lagi. Alhamdulillah.. syukur Ya Allah, masih sempat lagi saya nak berjasa pada mak. makla yang besarkan kitorang empat beradik. masa umo saya satu tahun setengah Allah dah takdirkan saya menjadi anak yatim. arwah abah tinggalkan kami sebab penyakit santau. itu je yang saya tau. saya xnak tanya mak lebih2 sebab xnak mak sedih bila cerita pasal arwah abah. masa arwah meninggal mak muda lagi dalam 30 lebih tapi sampai skang mak x kawen. mak penah cakap nty masa akhirat mak nak jumpa abah sebab tu mak masih setia dengan arwah abah.

Dulu masa arwah abah masih ada kitorang tinggal kat gombak, tu pun tinggal kat kawasan setinggan. lepas arwah abah dah xde mak bawak kitorang empat beradik balik kampung tinggal dengan nenek sebelah mak kat perak. kat sini lah bermula semuanya. mak keje kilang untuk besarkan kami. dari kilang sarung tangan ke kilang makanan kat seberang prai. masa mula2 keje dulu ada van yang hantarkan mak sampai dalam kampung tapi lama2 driver van hantar kat jalan besar je sebab keadaan jalan kat kampung yang terlampau teruk. terpaksa lah kami bergilir2 hantar dan amek mak kat jalan besar. nasib baek time tu mak ada duet sikit belikan moto kalau x memang susahla kami. kesian mak keje penat2 semata2 nak besarkan anak2 dia T_T

Tak lama lepas tu mak terpaksa benti keje sebab kena jaga nenek sakit. nenek lumpuh separuh badan sebab jatuh katil. time tu saya sekolah kat teknik taiping, tinggal la mak dengan nenek bedua kat kampung. adik beradik lain semua dah pegi kl keje kat sana. tiap2 bulan abg n kakak2 ada bagi duet kat mak. adik beradik mak pun ada bagi duet jugak sebab mak tolong jagakan nenek. duet tu la mak buat guna belikan lauk2 n pampers nenek. yang paling saya x tahan bila mak nak mandikan nenek. mak terpaksa angkat nenek sorang2 letak kat atas wheelchair. bayangkanlah, badan nenek jenis yang berisi tapi mak mampu angkat nenek walaupun berat. saya tahu mak x larat tapi mak gagahkan diri jugak jaga nenek. kesian mak. kadang kalau saya cuti balik kampung saya tolong mak jagakan nenek, x sanggup biar mak buat sorang2. 

Empat tahun mak jaga nenek, nenek pegi jugak.. tinggal la mak sorang2 kat kampung. penah jugak mak tepon kitorang menangis2 sebab kitorang x tepon mak. mak cakap anak2 dah lupakan mak. bukan lupa tapi hakikatnya masing2 sibuk. so, kitorang bawak mak datang kl duduk sekali sama2. masa tu memang bahagia sgt2 sebab mak dah ada depan mata. sekarang ni mak tinggal dengan kakak2 n abg. mak tolong jagakan cucu2 mak. icha n yayan memang x bole renggang dengan mak. sampai nak tido pun mesti dengan mak. bila mak balik kampung sampai demamla budak2 tu xde mak. ada jugak saya nasihat mak x pyhla jaga cucu sebab mak pun dah berumur. mak rehatlah, mak dah lama buat keje. masa ni lah mak nak rehatkan badan, tambah amal ibadat. tapi mak plak yang x sanggup nak tinggalkan cucu2 mak.

Sampai sekarang, Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mak. saya harap Allah panjangkanlah umur mak. saya cuma ada mak je. saya sayang mak sgt2. saya janji nak jadi anak yang terbaik untuk mak. saya nak balas segala apa yang mak dah buat untuk kami adik beradik. mak lah ayah, mak lah ibu. mak la ibu yang terbaik di dunia dan akhirat.

SAYANG MAK..






Mak, ketahui lah anak mak ini terlalu menyayangi mak.. T_T

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.