Powered By Blogger

Wednesday, October 10, 2012

.Pengalaman Bersalin.

Assalamualaikum.

Waaa.. lamanya x jenguk blog ni. sejak lepas bersalin ni xde masa nak hudate blog.oh ya! aku dah selamat melahirkan baby girl twin pada 14 sept 2012, ari jumaat. ari ni dah 27 ari dah babies kat dunia ni ;) meh nak cerita cmne la pengalaman aku masa bersalin itu ari.

13 Sept 2012 (Khamis)
Dalam kol 2.30pm, aku ngn en suami pegi klinik desa subang untuk checkup BP sebab doc hosp sg buloh mintak nurse check BP aku selang sehari. nak dijadikan cerita BP aku x berapa nak elok ari tu. dua tiga kali jgkla aku kena check pastu nurse suruh rehat, check balik rehat plak. BP still sama, tinggi dalam 160/100.. doc kt klinik tu pun check aku jgk tapi tetap sama T_T.. bila BP dah tinggi mcm ni jalan penyelesaiannya aku kena heret pegi hosp sg buloh la jwbnya sebab klu dibiarkan aku mungkin akan kena sawan n babies akan meninggal dalam perut. tu dia pnya effect. so, doc pun col ambulans sebab aku kena admit ward,huhu.. ni la 1st time aku kena naik ambulans tau. dahla driver bwk laju, aku bkn kes emergency pun. aku sihat walafiat la bang! sakit perut aku ni bila kena lopak2 tapi yang bestnya doc klinik desa subang tu yang escort aku. mcm beso benor je kes aku ni.

Sampai kat hosp sg buloh terus aku masuk ward bersalin. oh ya,aku lupa..selain BP aku yang tinggi ni, air kencing aku pun ada sikit kotor. tu pun salah satu punca aku kena admit ward. en suami plak kena balik umh sebab nak packing baju2 aku. ni la masalah bila x prepare siap2. baju babies dah lama siap masuk dalam kete tapi baju sendiri buat2 lupa nak pack,huhu.. yela, last checkup kat hosp sg buloh itu ari doc ckp kena bersalin 24hb sebab tu aku lengah2kan pack barang,hehe.. xtau pun nak jadi mcm ni. ampun en suami..

Masa dalam ward tu ada 2 org doc yang check aku. sorang doc senior lagi sorang doc pelatih. ntah apa yang diorng check aku pun xtau.aku serah diri jela.. last doc senior tu bgtau aku besok pagi aku kena bersalin jugak secara czer. lagipun time tu aku dah 36weeks. babies dah cukup matang kalau bersalin time ni. aku redha je sebab memikirkan keadaan aku time tu yang memang dah x larat nak bwk perut. czer pun czer la asalkan babies keluar sihat walafiat. kol 6pm aku diberi suntikan utk matangkan paru2 babies. cucuk kat punggong kot. sakit wooo!! doc pun awal2 dah bgtau injection ni memang sakit,huuu.. bukan sekali tau tapi dua kali. 2nd injection dalam kol 6am besoknya. mungkin sbb aku carried twin kot tu yang kena dua kali injection. 

sakit bila kena masuk ni T_T

14 Sept 2012
Doc pesan suruh aku puasa start pukul 2am. aku memang dah x lalu nak makan, yela takut nak hadapi czer nty tapi aku terkilan sikitla sebab x dapat nak makan aiskrim magnum. aku dah siap cakap kat en suami lepas abes pegi klinik desa checkup BP singgah kedai nak beli aiskrim magnum. tu la makanan terakhir yang aku teringin nak makan tup2 x dapat, naik ambulans dapatla,huhu..

Awal2 pagi doc datang kat katil aku n bgtau aku kena czer skng, doc bedah dah siap tunggu kat bilik OT. time tu aku mcm blur je, yela pagi2 dah suruh aku belah perut mana aku x cuak,bagi la aku sikit masa, en suami pun x datang lagi. aku sempat msge en suami bgtau yg aku dah nak kena bersalin, col pn x sempat sebab nurse dah mintak semua barang2 aku untuk diorng simpan n serahkan kat en suami nty. semua berlaku dengan cepat sangat. tup2 aku dah masuk bilik OT.

Alhamdulillah, tepat jam 9.12am anakku yang pertama lahir ke dunia. si adik plak menyusul pada jam 9.13am. masa dengar diorng nangis air mata ni pun keluar jugak. x sangka aku dah jadi seorang ibu T_T

kakak ;)

adik ;)

Untuk kakak n adik, ummi doakan kakak n adik jadi anak yang baik dan solehah. ummi dan ayah sayangkan kakak n adik sangat2.. ini lah permata hati kami..

p/s: x sangka dah ada anak,ngee..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.