Thursday, October 18, 2012

.Aku Zero Bab Anak.

Assalamualaikum

Sekarang ni aku dok gigih cari info pasal baby. dulu masa tengah pregnant malas nak surf internet  pasal ni tapi lepas dah beranak ni, dah tengok muka anak segala baru perasaan tu datang nak tau semua pasal baby. aku kan 1st time jadi ibu, mesti la kena tau semua, xkan nak dok suruh mak je yang buat. lagipun aku nak anak2 aku membesar dengan sempurna, aku nak pastikan diorang ni x tertinggal satu pun sebab tu aku dok giat p terjah blog org, belajar lebih pasal ni. 

Byk yang aku kena tau lagi, skng ni aku rasa level aku pasal baby adala dalam 10%,hahaha.. aku still lagi x reti nak bagi mandi diorang, ntyla kot bila diorang besar sikit baru la aku confident nak pegang. bukan senang nak jadi mak yang tau segala lagi2 jadi mak yang muda mcm aku ni,hehe.. 24 tahun tau aku dah jadi mak. mcm x caya jugak tapi bila dok tenung anak2 yang ada depan mata ni rasa bangga pun ada. akhirnya dapat jugak aku lahirkan zuriat untuk en suami. 

Pasal bab susu plak, skng ni aku dah campur susu utk anak2 aku. klu dua2 menangis, sorang aku bagi nenen sorang lagi aku bagi susu botol, susu fm. aku dah try pam susu badan konon2 nak la letak dalam botol xdela anak2 minum susu fm tapi bila pam je susu sikit,huhu.. paling banyak aku pam pun dapat 4oz je. sedih aku. pasal susu ni nty aku cerita next entry ye. klu pasal susu, diapers, semua en suami yang fikirkan. aku dok hangguk jela, dia yang bayar mampu x mampu dia jela yang tau. kan en suami yang uruskan duet rumahtangga ni,hehe.. ikut dia jela mana yang kami mampu.

Doakan aku eyh supaya rajin cari info pasal baby ni. aku nak jadi mak yang terbaik utk anak2 aku. xmaula hangat2 taik ayam je. aku kena kuat, anak aku dua. dua2 kena jaga leklok, xmaula nty kami suami isteri menyesal.

p/s: nak jadi mak yang tau pasal semua, xla nmpak bodo,hehe..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.