Friday, October 12, 2012

.Aku Mak yang Jahat.

Assalamualaikum

Ari ni babies dah 29 ari. esok genaplah diorang sebulan. cepatnya masa berlalu. sebulan jugakla aku dah bergelar seorang ibu. walaupun dah nak sebulan tapi aku masih lagi terkial2 cmne nak jaga diorang ni. yela, dua kan. kadang2 tu rasa nak nangis je sebab penat sangat jaga dua baby serentak. kalau sorang nangis sorang lagi mesti nangis walaupun diorang ni kembar x seiras. kalau sorang poo poo sorang lagi pn ikut poo poo sama. aiyakk, sampai skng aku still lagi geli nak cuci taik anak2 aku,huhu. ape jenis mak la aku ni. satu lagi, aku x penah mandikan anak2. aku takut nak pegang time bagi mandi, licin..kang terhempas anak tu aku jugak yang susah. nasib baik mak ade,hehe.. ape jenis mak la aku ni.

Tapi yang aku paling menyesal dalam idup aku ni bila aku dah start pandai marahkan anak2 aku. anak2 aku ni bila malam xnak tido sampaila pukul 4 pagi. tambah2 si kakak, bulat je bijik mata dia. aku ni jenis yang cepat naik angin sikit. dahla ari2 x dapat tido lena, anak2 plak xnak tido malam ape lagi aku naik angin la. bila aku marah aku x sedar semua tu. xtaula npe. mcm ptg td, kakak xnak tido dari pagi. bila letak je kat bawah menangis, nak baring atas riba je. bila menangis aku bagi nenen xnak isap. aku dahla ngantuk. last2 aku biar kakak nangis. teruk jugak kakak nangis, aku biarkan je. time tu aku memang x sedar. aku x pandang kakak langsung, aku buat derk je. sampai en suami amek kakak dari aku. terus aku masuk bilik aku menangis. ape jenis mak la aku ni. bila aku dah ok aku dukung kakak. aku cium2 kakak, aku mintak maaf kat kakak., kakak tengok je muka aku. aku rasa bersalah sangat buat kakak mcm tu. aku sedar kakak kecik lagi, kakak xtau pape. aku rasa aku ni jahat sangat. baru sebulan jadi mak dah buat kat anak mcm ni. kalau dah berbulan2 tu xtaula apa jadi. mintak2 dijauhkan lah.

Skang ni anak2 la nyawa aku. aku x bole idup tanpa diorng. bila tgk muka diorang hati ni rasa sejuk je. aku cuba jadi mak yang baik. cuba xnak marahkan diorang lagi. mungkin sebab aku penat sgt kot. aku kan 1st time jadi mak, xde experience lagi tambah2 aku dapat kembar lagi la aku penat. tapi aku selalu igtkan diri aku Allah bagi kami anak kembar sebab Dia tau kami mampu jaga anak2 kami. Ya Allah, aku bersalah padaMu, bersalah pada anak2.. amanah yang Engkau berikan aku sia2 kan. aku akan cuba jadi ibu yang terbaik untuk anak2 ku sebab diorang lah permata hati aku. ummi sayang kakak..ummi sayang adik..maafkan ummi..


p/s: cair hati tgk anak2.. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.