Friday, November 15, 2013

.Ni Lah Kehidupan.

Assalamualaikum



Screenshot ni aku amek kat group Rumahtangga Bahagia Selamanya kat FB. Kadang tu kalau aku boring ka apa aku selalu jugaklah bukak group ni dan baca. Macam2 sangat masalah yang aku jumpa dalam group ni. Yang x penah terlintas kat fikiran aku pun ada. Takuit aku. Tapi sebenarnya group ni banyak kebaikannya. Banyak info2 yang membantu tambah2 macam aku yang baru setahun jagung jadi isteri. *kelass kauu*

Macam screenshot yang aku tempek kat atas nun. Sedih sangat bila baca kesah macam ni. Muda2 dah kawen dan dapat anak kembar plak tu. Anugerah Allah.. Tapi yang buat rosak rumahtangga tu husband dia. Sedih kot paksa wife gugurkan anak dalam kandungan wife dia. Laki macam ni pun ada ka?? Stress aku.

Masa mula2 aku dapat tau aku pregnant baby kembar, aku rasa takuit jugak. Takuit kalau kewangan x cukup. Yelah.. kitorang kan kawen muda jugaklah. Masa awal2 kawen nak hidup bukan senang. Kewangan x stabil lagi. Mula lah aku pikir mana nak bayar pengasuh lah, nak beli pampers, susu. Kalau sorang baby xpe ni dua baby, kena keluarkan duet 2x ganda. Risau sangat time tu. Tapi nasib husband sentiasa cool. Husband cakap anak2 xkan penah nyusahkan mak ayah dia. Anak2 tu anugerah Allah. Mesti ada rezki kat setiap anak2 tu. Memang betul. Sejak zara's lahir ke dunia ni sikit pun kitorang x penah terbeban. Rezki melimpah ruah. Semua keperluan diorang Alhamdulillah kitorang dapat tunaikan. 

Aku cerita ni bukan sebab aku nak riak tapi aku just nak share kat semua. Kita ni asyik pikir kita yang paling susah. Sebenarnya ada yang lagi susah dari kita. Lagi teruk hidupnya dari kita. Tapi kita x penah nak bersyukur. Selalu x puas hati dengan apa yang kita ada. Padahal kita dah ada segala galanya. Aku la tu..

Aku tertarik dengan kesah yang aku screenshot ni sebab aku dan wanita tu ada persamaan. Kami masing2 dipilih Allah untuk kandungkan dua bayi dalam satu masa. Tapi yang membezakan kami adalah kehidupan masing2. Aku bersyukur sangat dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. Syukur Allah pilih husband untuk aku. 

Kalau nak kehidupan kita lebih baik, kita yang kena berusaha. Tapi doa jangan tinggal. Kitorang ni pun bukan senang sangat. Kitorang cuma ada diploma saja. Tapi Alhamdulillah.. rezki tu Allah dah aturkan. InsyaAllah, kalau ada rezki lebih, husband nak sambung belajar. Tu janji dia kat aku. Husband cakap dia ketua keluarga, dia xnak kami anak beranak susah. Terima kaseh Ya Allah kurniakan suami yang begitu sempurna kepadaku.

Okbai

p/s: Aku ni kena selalu motivate diri sendiri. Kalau x hancusss, ptfhh..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.