Thursday, November 7, 2013

.Jalan Jalan Ke Pahang.

Assalamualaikum

Hehehe.. Kena gelak dulu sebab entry ni patut post masa sabtu lepas tapi baru hari ni aku nak up. Well.. Bz memanjang je kan aku ni. Okay, sabtu lepas kami anak beranak p kenduri kawen tqah kawan tempat keja aku. Kenduri dia kat temerloh pahang. Syiok gak sesekali p jalan2 jauh. Selalu weekend dok kat selangor/kl serabut jugak kepala otak ni. Bila sesekali keluar jauh sikit lega la dada ni hahaha *urut dada laju2*.

Pagi tu siap dalam kol 10.30 pg jugaklah kami gerak. Memang plan nak gerak lmbt sebab pikir nty bole tengok pengantin sekali. Alhamdulillah sampai temerloh dalam kol 1 tgh ari camtu lah. Bes sangat tengok menu orang temerloh ni sebab lain dari yang lain. Lainnya kat part ikan patin masak gulai tempoyak lah. Umppphhhhh!!! Sedappp baqq anggg.. Aku x penah makan ikan patin sedap camtu. Biasa kalau makan ikan patin masak gulai tempoyak mesti terkena ikan dia hanyir. Ni lah festime aku makan ikan patin x berbau. 

Lepas dah melantak sampai lupa anak2 khenn, sampailah sudah seisi nak balik. Dah makan balikla kan,hihi.. Jumpa pengantin jap. Kongajo sangat la kan kauu dah makan banyak2 pastu blah macam tu je. Tapi ampunkan aku sebab aku x sempat nak snap gambar. Besa lah bila dah ada anak ni x sempat nak keluarkan handphone lah ipad lah. Berserahhhh jelahh.. Nak tengok muka cantikk ni kena tunggu photographer tiqah lah jawabnya. Kat bawah ni ada jugaklah aku selit2 gamba2 sekitar majlis kawen tiqah. Ni pun aku amek dari kawan aku dan fb tqah. Pape pun tqah nampak sangat gojess time tu.. Semoga rumahtangga yang kalian bina berkekalan hingga ke syurga.




Aku dengan husband dah plan awal2 lepas je balik dari kenduri tqah, aku nak naik bukit tinggi. Dengar2 cerita bukit tinggi ni cantik. Dah alang2 nak balik tu kami singgahlah jap kat bukit tinggi. Nak naik tu xdaklah tinggi macam cameron dan genting. Biasa2 saja. Sejuk pun x.. Sampai je kat atas memang ingat nak tuju ke french village tu tapi rupanya nak masuk kena bayor cik jahh oii. RM12 satu kepala. Idokle teman.. Lagipun time kitorang sampai kat atas tu dah kol 5 ptg. Kalau nak masuk ke french village tu mesti lama kan. Mesti sampai malam kan. So kitorang decide x jadi p sana. Perabeh duet je. Lagipun husband xmau turun malam2.. Bahaya kott..

Demi x menghampakan wife dan anak2 dia, husband bawak gak kitorang jalan2 kat area bukit tinggi tu. Kitorang p animal park. Okay la kan. Kena gak tema bawak anak2 ni. Zara's x penah tengok animal. Yang biasa diorang tengok cat punn. Yang tu pun time balik kampung je bole main dengan cat. Kesiann zara's.. 

Ni kat animal park.. Ummi zara's je yang hover nak tengok animal. Zara's x punnn. Aku memang eksited bab jalan2 ni. Husband sampai x terlayan dengan aku ni. Kuat jalan oiii.. Animal park ni masuk kena bayor gak. Tahan jela beb. Semua kena bayar sekarang ni. Nasib murah.. RM3 sorang. Zara's free sebab kanak2 atas 2 tahun saja yang kena bayar. Harap maklum ye... 



Okay, ni lah environment kat dalam animal park ni. Semua animal diorang kasi bebas..  Yang jinak je ye.. Toksah risau.. Animal dalam ni semua jenis jinak2. Xdak lah harimau ka singa ka.. Yang ada pun rusa, arnab dan 1 lagi ni cam hamster tapi badan dia besor. Xtau la plak apa nama dia. Tu amalia takuit dengan rusa. Time ni amalia tengah nangis. Ummi dia ja yang gigih posing sensorang,hahaha



Amani dengan ayah.. 













Ha.. Nampak x cam hamster kan.. Tapi badan dia besar.. Bunyi dia cam tikus pun ada. Geli aku! Amani tu takuit,hehe.. Budak x penah jumpa animal camnilah.











Ni plak kat bahagian lain. Bahagian ni untuk animal yang dok dalam kandang dan diikat saja. Ada keldai dan horse je punn. Tu punnn menangis2 zara's takuit dengan animal. Ni nak kena bawak p zoo jugak ni.









Tu jela yang aku nak share dengan korang. Even animal park dia kecik tapi puas hatilah sebab ni kan festime kitorang bawak zara's p tengok animal. Lain kali kalau ada masa bole naik lagi. Bole lah p french village tu plak. Tapi kena p pagi2 lah baru bole jelajah french village tu kan.

Okbai

P/s: thanks husband layankan ayg dan anak2. Lurve u so mucheon!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.