Powered By Blogger

Thursday, October 31, 2013

.Setahun Sebulan Si Twin Zara.

Assalamualaikum

Lama jugakla aku x hupdate blog kan. Bizi nauu skng ni. Lepas ni makin bizi la aku. Partner keja aku nak kawen so aku sorang2 la yang buat keja nty. Hmm.. Xpa.. Orang nak kawen punya pasalkan,hikhik. Sebenarnya aku banyak benda nak share dalam blog ni. Berderet2 dalam pale otak aku ni tapi disebabkan dasar kemalasan ku yang tinggi ni maka semua dah hancuss sebab aku lupaa. Sekian.

Entry kali ni aku nak cerita pasal zara's lah. Dah lama kot x hupdate pasal diorang. Dok cerita pasal aku yang x kuruih2 ni. Apa pun x bole. Ehem.. Bulan ni zara's dah masuk setahun sebulan. Alhamdulillah.. Dah lepas setahun dah anak2 ku ni. Dah macam2 perangai keluar. Sekarang ni diorang rapat more to ayah diorang. Aku relax ja,hahaha.. Apa2 mesti ayah. Pantang sangat kalau ayah keluar mesti nangis nak ikut. Kalau ayah duduk ke mesti dua2 pegi kat ayah. Anak ayahla katakan. Husband ni plak rajin plak layan diorang. Tu yang diorang suka kott. Nak bermanja2.

Zara's x bole jalan lagi *lap air mata*. Memangla normal baby umo time skng x pandai jalan lagi. Kadang tu hati mak ni risau jugak. Apsal la anak2 aku ni x pandai jalan lagi. Tapi aku try positifkan diri aku. Nty2 berjalan la tu. Sabar je.... Dua tiga hari ni amalia dah bole jalan sikit dah, hoyeay!! Bole jalan dua tiga langkah ja. Tu pun aku dah suka gila. Diorang ni bole je jalan tapi takut. Selalu ja aku dengan husband train diorang berjalan tapi bila kitorang lepas tangan nangis takut. Dua2 sama ja. Macam berpakat pun ada. Ummi is gewamm nakk.. Nak latih anak2 ni kena kuat dan banyak sabar. Tambah2 kalau jenis mak bapak yang dua2 keja. Sampai rumah plak lewat. Letih tau.. Tapi aku kuatkan jugak semangat ni. Hati kena kuat layan anak. Main dengan anak. Sebab time malam la dapat spend time sama2. Aku xmau nty anak2 x kenal ayah n ummi diorang. Sekuat mana pun kita carik duet tapi anak2 mesti letak no 1. Kesian kot kecik2 x dapat perhatian mak ayah. Aku xmau jadi macam tu. 

Pasal gigi plak sama ja macam dulu. Cuma amalia ja dah lima batang. Amani still 4 lagi. Tapi berlagakkkk sangat tau bebudak ni. Kak wan (pengasuh) cakap diorang xmau makan bubur dah. Bila bagi bubur ja diorang luah balik. Perasan dah besar letteww. So skng ni aku bagi diorang makan nasik yang macam kita makan. Laju ja kalau aku suap. Biasa kitorang bekalkan diorang sup. Buat masa skng sup la feveret diorang. Tapi kadang tu ada jugak time2 diorang macam dah jemu asyik makan sup je kan, diorang x makan jugak sup. Tu part yang aku pening. Apa la yang aku nak masak untuk diorang. Paling senang aku buat telur hancur. Zassss.. Sangatlah cepat dan sodappp. Beras plak kitorang siap2 beli 5kg bagi terus kat kak wan. Senang. Sekarang ni bab nak bagi makan plak dah jadi satu hal. Bila dah start besar ni keja dia asyik main jela. Makan tetap nakkkk.. Main pun nakkk. Acaner tu? Kadang tu bagi diorang makan dekat sejam. Yelah.. Makan sambil main. Nak halang x bole. Nak berenti makan kesian plak sebab bila suap tetap nganga. Tu tanda memang nak makan la tu kan. Aku kan jenih mak2 mithali. X sanggup tengok anak2 kelaparan sebab malas nak suap anak *kembang idung besar sangat*. Kadang kalau time nunggu diorang main, nasik anak tu aku ngap sikit bole? Muahaha.. Xdak sivik langsung. Patutla badan maintain gebu. Nasik anak pun kauu bedal, apa kes??

Perangai baru diorang sekarang ni dah pandai main berdua. Dulu main sorang2. Sorang kat sini sorang kat situ. Ada time sorang berkepit kat aku sorang lagi tetap main. Kadang bertukar. Perangai diorang ni sejak kecik bertukar sama sendiri. Aku pun pening. Tapi sekarang ni dah pandai main sama2. Ada kawan kan xdakla dok menempek kat kita dah. Baru sedar kot bole main berdua, ekeke.. Mainan feveret sekarang ni langsir. Langsir pun korang bole main kannn, uhuk.. Amalia la yang ajar amani main. Amalia ajak amani main cak2 kat langsir tu. Lepas tu masing2 gelak. Sweet sangat. Last week aku cuti jaga diorang sebab kak wan demam. Time jaga diorang tu aku bole tertido. Boring punya pasal. Diorang main berdua je. Aku ni terkulat kulat sensorang. Nak tengok tv xdak cerita best. Rumah aku xdak astro woiii. Maka terlelap lah aku sebentar jua. Aku terjaga sebab kak ipar aku balik, dengar grill terbuka. Nasib sempat terjaga kalau x kantoiii aku tertido. Tengok zara's, sikit punya sedap main kat kabinet tv. Pandai korang berdikari time ummi tido kann. Gud girl sangat.

Pheww.. Lepas ni zara's nak masuk setahun dua bulan. Macam2 benda dalam pale ni nak buat. Aku rasa macam dah terlewat aku nak ajar diorang kenal abc, 123, alif ba ta even diorang baru setahun. Kesian. Kitorang p keja awal balik keja lambat. Kadang tu letih sangat nak ajar diorang. Aku penah baca ada mommy yang ajar anak pakai flash card seawal usia 6 bulan. Jangan terkejut tau sebab aku mula2 baca pun terkejut jugak. Tapi mak sempat kaberr nakkk.. Sebenarnya otak baby ni macam sponge. Apa yang kita ajar walaupun sikit, walaupun sekejap otak diorang akan serap. Dats why kalau nak ajar anak kena ajar dari kecik. Aku agak menyesal la x ajar diorang awal2. Flash card ada kat rumah ni ha tapi bukan ajar anak pun. Anak buat main ade la. So, aku mcm nak buat schedule tiap2 hari nak ajar diorang apa.. Nty xdela pening kepala nak ajar yang mana satu. Bila dah ada schedule semua tersusun. Sekarang ni aku banyak download video alif ba ta, abc, barneys. Hari2 la aku pasang video ni tapi gwiyomi tetap kat hati diorang. Kpop sungguh anak2 aku ni. Tapi tu semua laghhhaaaa.. Kena ubah semua tu. Lepas ni xdak gwiyomi2 dah.





























Yeay.. Zara's dah makin besar.. Terima kasih Ya Allah berikan kami anugerah yang x ternilai harganya. Terima kasih kerana memilih kami menjadi ayah dan ummi kepada dua malaikat kecil ini. Aku masih ingat lagi pesan husband. "Allah pilih kita dapat anak kembar ni sebab Dia tau kita mampu". Alhamdulillah.. Kata2 tu bagi semangat kat aku setiap saat. Anak2 ummi sikit pun x penah bebankan ayah dan ummi. Malah kehadiran zara's buat hidup ayah dan ummi lebih bahgia. Ummi doakan zara's jadi anak2 yang solehah, bijak dan mendengar kata. Tiap kali lepas solat x penah ummi lupa titipkan doa untuk anak2 ummi. Moga Allah mendengar setiap doa ummi. 

Okbai

P/s: masa kecik rambut kurang. Ramai ckp cam baby boy kan. Skng rambut dah byk muka pun dah jadi gegurl. Selamat! :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.