Wednesday, October 2, 2013

.Keja vs Surirumah.

Assalamualaikum

Sapa yang x suka dok rumah? Aku bukan salah sorang daripada tu,hikhik.. Kalau bole aku nak dok kat rumah 24 jam. Pedulik apa. Aku suka kan. Dokla merap tengok tv ka. Kemas rumah ka. Masak ka. Aku x kesah asalkan dapat duduk kat rumah pun dah cukup. Tapi bagi aku keadaan memang x mengizinkan. Aku kena keja bantu husband. Kalau x memang x cukup expanses. Banyak benda nak kena bayar. Tapi iolls iklas sangat bantu husband. Nampak sangat ciri2 isteri mithali giteww.

Aku ada jugak cita cita nak jadi suri rumah *kau hade?*. Dok rumah jaga makan pakai husband n anak2. Tapi baru seminggu cuti (sebab jaga anak demam) aku dah meroyan nak keja. Aku ingat sonok dok rumah saja tapi ya ampunnn bosan la sangat. Kalau sehari dua xpa ni masuk seminggu pun dah blurrr, idokle teman..

Bagi aku antara suri rumah dan keja, jadi suri rumah lagi penat kot. Keja rumah x penah putus. Ada ja benda yang nak kena kemas. Basuh pingganla, sidai baju, lipat baju. Segala macam la semua kena buat. Kalau dah namanya suri rumah kena la rumah tu cantik berhias, husband balik semua lauk pauk siap dihidang. Husband tunggu nak cuci tangan je giteww kan. Senang kata semuanya kena tip toplah. Sebab tu aku respek dengan suri rumah ni. Keja diorang sebenarnya lagi susah daripada kita yang keja kat luar ni. Aku pun penah sekali buat keja macammm suri rumah *lah sangatt kan* phewwwww memang penat. Abes satu badan bermandikan peluh. Kunun2 nak feeling2 suri rumah yang rajin tapi iolls x mampu nakk.. 

Buat masa sekarang memang aku kena keja. Banyak benda nak pakai duet skang ni tambah2 anak2 tengah membesar. Sedih kot kalau anak2 x dapat apa yang diorang patut dapat. Aku penah lalui semua tu dulu sebab aku memang bukan anak orang kaya. Nak satu benda tu x sampai hati nak cakap kat mak. Pendam ja la. Sebab tu aku xmau anak2 aku lalui benda yang sama macam aku dulu. Aku x kesah belikan diorang toys, baju2 ka apa sebab tu memang hak diorang. Aku bahagia kalau tengok anak2 aku bahagia. Barang kitorang xpa kiv dulu. Anak2 yang penting. 

Kalau time weekdays memang lah aku ni susah sangat nak basuh baju. Nasib kakak ipar aku rajin tolong basuhkan baju ekeke. X guna punya adik ipar. Aku musykil sangat apsal la banyak sangat baju yang nak kena basuh. Dalam rumah ni bukan ramai sangat pun. Baju 3 orang je pun. Baju zara's kak wan (pengasuh) yang tolong basuhkan *lega mak nakkk*. Tapi bole dikatakan tiap2 hari kena basuh baju. Kalau x menimbumlah baju2 dalam raga tu. Ngeri mak mentua aku kalau tengok. Bila baju dah basuh tiap2 hari mestilah kena lipat baju. Tu la part yang aku x suka tu. Bercinta sangattt kalau nak lipat baju ni *nangis*

Susah kan. Susah bagi orang yang macam aku la kot. Kalau korang mesti korang ok punya. Korang kan power. Aku ni pemalas. Dari dulu lagi tapi bila dah kawen ni aku perasan la kan aku ni dah kurang la sikit tahap kemalasannya. Ate awok kan nak berubahh. Slow2 la. Kalau drastik sangat terkejut plak husband tengok aku tiba2 rajin. Besa aku rajin sangat2 pun time weekend jela. Time tu memang iolls jadi fully housewife. Kadang tu sonok pun ada sebab benda tu kita buat untuk husband untuk famili kita. Lagi satu sebab kita iklas. Percayalah. Kalau ada antara korang yang sama perangai cam aku, pemalas.. Tapi bila buat keja rumah sebab untuk famili kita benda yang buat kita penat bole jadi syiok. X percaya cuba buat sendiri,hikhik

Okbai

P/s: x sabar sangat nak tunggu weekend sebab nak merap kat rumah. Banyak benda aku nak buat. Sabar jela juju..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.