Thursday, October 24, 2013

.At Last, The Engagement Day.

Assalamualaikum

Hye peeps!! Hari tu aku dah janji kan nak up entry pasal engagement kakak aku, kakpah. Alhamdulillah.. 13 oct lepas majlis pertunangan kakpah berjalan dengan lancar. Walaupunn hari tu seharian hujan turun tapi time aku bawak kakpah p make up n masa bakal mak mertua kakpah sarung cincin cuaca elok ja. Lepas ja abes sarung cincin terus hujan turun dengan lebatnya.. Hujan rahmat mungkin.

Majlis start lepas zohor dalam kol 2.30pm.. Tunang kakpah ni dok x jauh mana pun. Orang banjar cakap kulaan sajaa. Aku orang banjar oii.. Duduk pun sebelah kampung aku ja. Dekat sangatlah. Kalau nak balik kampung raya x payah jenuh nak bergaduh 
*lap air mata*. Hari tu kitorang jamu bihun sup, pulut kuning dan rendang kerang sajoo. Terbaikkk sangat rendang kerang tu sampai semua tercari2 last2 yang hadooo. Okay, korang layan gambar jela eyh. Biarlah gambar yang berbicara. Gambar ni aku amek2 kat orang ja. Sendiri punya gambar x sempat nak snap *maafkan beta*.

Ni masa tengah make up. Gigih sangat make up retis tu berlakon kunun2 nak masuk majalah pengantin edisi bulan october gittew. Ninndiaa lah shahrul. Kenai dak??? Ehem.. Dia lah make up kan aku time aku bertunang, nikah dan sanding. Memang aku pueh hati gilerr dengan solekan dia. Dats why aku suggest kat kakpah make up kat shahrul ni. Kalau sapa2 kat luar nun yang berminat nak make up dengan shahrul ni bole p kat butik dia kat parit buntar. Sebelah old town saja. Nama butik dia Risik Mempelai. 



Baju tunang kakpah ni tunang dia yang belikan. Baju yang asal bukan cmni. Kat bawah baju tu asalnya ada manik2 macam yang ada kat dada kakpah tu tapi dia buang pastu dia tampal dengan lace kaler pink tu. Nasib tantek tapi apsal aku tengok baju kakpah ni dah serupa macam baju nikah aku dulu jerkkk!*is kembang idung tahan marah*. Shawl pink tu last minit beli. Through online. Tu pun kaklai yang belikan kalau x sedeyy semua dah grand tetiba plak tudung x berapa nak tantek kheenn.. Veil tu plak kakpah sewa kat butik pengantin kuala kurau ja. Elok sangat veil tu ada sebijik kaler baju n tudung kakpah. Macam dirancang ja semua ni. Smooth sangatlah perjalanan pertunangan kakpah ni. Langsung xdak kelam kabut ka apa walaupun banyak benda lagi x siap. Bantal pelamin dan tapak hantaran pun kakpah sewa kat butik ni jugak. Senang sekali harung kan. Semua hantaran leha andamanla yang buat, kaklai lettew. Tapi untuk hantaran dan mini pelamin next entry la ya aku post. 






Yang homei2 ni lah buah hati pengarang jantungku ^_^



Rombongan pihak lelaki sampai dalam ko 2.30pm. Masa diorang sampai ni nasib lah x hujan kan. Cuaca time ni cantik ja. X panas x hujan. Sedap2 mata memandang gittewlah. 






Time ni sebenarnya lawak sikit sebab biasakan kalau bakal tunang lelaki shoukd be kena tunggu luar or xpyh datang pun xpa. Kes tunang kakpah ni lainn. Dia menonong ja masuk. Siap duduk sebelah pelamin lagi. Adik beradik dia semua bising gelakkan dia. Dia nak turun semua dah x bagi sebab majlis dah mula, ekeke













Lepas ja abes majlis bertunang, kitorang sempat lagi sambut bufday cik nuai dengan anak dia kamila. Cik nuai ni cousin aku. Sayang kek dah cair sebab lupa simpan dalam fridge. Nasib ada 1 lagi kek.









Icha ni menangis sebab dia x bagi orang lain amek gambar dengan makngah dia. Alahai la icha.. 


Ha ni la tukang2 siat daging ayam. Banyak masuk mulut dari siat. Tambah2 abg li memang xleh nak nipu dah. Bukti dah ada. Patutlah rajin benor p siat daging ayam ni. Ada makna rupanya, miahaha.. 




Seronok sangat aku rasa hari tu. Bagi famili aku ni lah majlis penutup yang paling best untuk tahun 2013 ni. X lama lagi makin berkembangla famili kami ni. Tapi kesian kat arwah abah x dapat nak rasa semua ni. X dapat nak tengok cucu2. Semoga arwah tenang di sana. Apa2 pun welcome to our famili my future brother in law!!

Okbai.

p/s: Semoga perhubungan kakpah dan ayie akan ditamatkan dengan pernikahan yang sah. Cepat2 naik pelamin ye uolls.. Moga2 aku kurus time tu, hikhik..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.