Saturday, October 19, 2013

.Masak Memasak.

Assalamualaikum

Aku dengan husband jarang sangat makan kat luar. Kalau dalam sebulan tu bole kira dengan jari la berapa kali ja husband bawak aku makan luar. Bagi husband dia lagi suka makan kat rumah. Satu, sebab kalau masak kat rumah for sure menjimatkan. Masaklah banyak mana pun tetap murah banding kat luar. Kalau kat luar tu makan x lebih dari rm20 memanglah x sah. Takuit aku. Aku lagi rela bersilat kat dapur dari tetiap hari perabih duet semata mata nak makan kat luar saja. Idokle teman.


Dua, kalau masak kat rumah lagi sedap banding kat luar. Tu husband la yang cakap. Bukan aku.. Iye2 je husband ni. Masakan sapa yang sedap? Aku ka dia? *angkat kening sebelah*. Tapi husband ni Alhamdulillah........ Memang x cerewet langsung bab makan2 ni baqqq angg. Phewww.. Nasib baik sesangat. Sebab aku ni pun bukan kaki memilih pun. Asal ada semua aku bedal. Maleh kot aku nak layan kalau laki yang ni x makan tu x makan.


Dulu masa mula2 kawen aku jarang masak kat rumah sebab time tu aku tengah pregnant. Masa awal2 pregnant dulu aku memang x bole langsung makan kat rumah. Kalau aku tapau makanan bawak balik rumah pun x bole. Aku bole makan kat luar n kat rumah orang ja gitteww. Tiap2 hari la aku dengan husband makan kat luar. Dahla time tu baru kawen, baru nak hidup orang kata. Kewangan pun belum stabil lagi tapi mai plak penyakit orang pregnant ni macam2 la. Nasib la penyakit tu mai masa 1st trimester ja. Masuk ja 2nd trimester aku dah sihat walafiat macam biasa.

Aku ni sebenarnya bukan pandai masak pun. Tapi kalau nak kata pandai macam mana tu pandai yang bole buat bini la, cewwahh hahaha. Dulu masa bujang kakak2 aku la tukang masak. Aku tolong basuh pinggan ja. Banyak benda lagi aku kena belajar. Sejak aku kawen ni, aku macam dah suka plak nak masak2 ni sebab bila aku masak, husband suka puji masakan aku. Aku tau husband saja nak amek hati aku walaupun kadang tu aku masak x sedap. Seronok bila ada orang appriciate apa yang kita buat. Semangat nak buat benda baru berkobar kobar. Sebab tu la aku selalu masak benda baru. Kalau xtau aku google la. Senang kot. Kadang tu ada yang jadi, ada yang x jadi.


Niat aku cuma nak jaga husband ja. Aku nak husband rasa air tangan wife dia. Tu kan tanggungjawab aku jaga makan minum husband. So, aku kena perbaiki cara masakan aku. Aku buat semua untuk husband. Aku lagi suka bila dia makan sampai bertambah tambah. Sekarang ni husband dok mengadu kat aku perut dia dah makin besar. Pastu ramai yang tegur husband dah berisi. Aku suka sangat bila husband macam ni. Xdakla orang kata husband kurus kering penat cari duet. No no no. 


Husband sebenarnya pun pandai masak jugak. Kadang tu kalau mai angin rajin dia masak pun dia yang buat. Aku x kesah. Asal perut comei aku ni terisi. Seronok oo kalau kadang2 husband kita plak yang tolong masak. Aku suka aku suka muahaha.. Masakan yang paling sedap husband masak, masak lemak cili padi. Masakan ni sampai sekarang aku x khatam2 lagi. Memang senang tapi nak bagi masakan tu ummppphh susahlah. Mak x retiii *lap peluh*

Tapi sesungguhnya, masak kat rumah memang tersangatlah menjimatkan. Bagi orang yang macam aku, yang x berapa nak mewah, hidup bersederhana memang patut masak kat rumah. Lagipun kalau weekdays lepas balik keja biasa aku dengan husband x makan malam. Kalau nk makan sangat pun kitorang buat cucuq ikan bilis saja. Time weekend ja husband mintak masak nasi lauk pauk segala. Biasa hari sabtu husband cuti. Cuma hari ahad ja husband ot. So, aku masak yang berat2 pun masa hari sabtu jela. Hari ahad aku sibuk jaga zara's. Memang x sempat nak masak. Selalu aku balun megi saja.. 

Okbai

P/s: seronok kan kalau banyak makan tapi badan x naik2.. Senang aku nak masak apa saja hari2.. ;p


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.