Thursday, October 17, 2013

.Salam Aidiladha.

Assalamualaikum

Pheww.. Mintak maap sangat2. Nak up entry pasal raya korban pun x sempat,hukhuk. Lepas balik dari kampung banyak nauu keja nak siapkan. Dengan baju yang banyak nak tunggu turn nak kena basuh, dengan rumah yang bersepah. Pening kepala mak nakk. Rasa cam nak dok kampung teruih hilang masalah! 

Sebelum tu, selamat hari raya aidiladha wahai silent readers ku *bajet cam ada ja silent readers giteww*. Tahun ni turn kampung husband beraya tapi kitorang balik kampung iolls dulu sebab kakak aku yang sulung tu bertunang 13hb lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hari tu seharian hujan. Hujan rahmat. Cerita tunang tu nty aku up entry lain naa. Aku tengah dok kumpul gambar nan hadoo tu. 

Kitorang gerak balik kuala kurau subuh sabtu. Nak elak jammed ceritanya. Nasiblah baik memang x jam. Dan nasib baik jugakla zara's behave ja sepanjang jalan sebab diorang tido x sedar langsung. Dan ummi diorang pun ngikut jugaklah jejak langkah diorang. Kroih kroih haku dalam keta. Ciann husband kena drive sensorang. Memang x guna betui wife dia ni, mihmihmih

Sampai kuala kurau dalam kol 10 pagi cenggitulah. Winduu sangat kat kampung ku nan indah ni. Rasa macam 10 tahun baq anggg x balik padahalll.. Kat kampung musim hujan kot sebab time aku balik tu hujan x benti. Matahari pun cam malu2 ja nak kuar. Parit dalam yang amat. Syiokk oii kalau dapat berkubang ekeke..

Balik teluk intan hari senin. Senin aku cuti oii. Nasib badan boss bagi cuti kalau x memang aku majuk dengan bos 7 hari 7 malam. X kira. Xdak cuti pun aku apa ada hal, mc lah. Pedulik lah. Raya kat teluk intan x meriah sangat sebab malam raya tu mak mentua aku x masak pape. Biasa kan kalau nak raya ni orang busy masak rendang ayamlah ketupat lah tapi rumah FIL xdak buat apa. Malam tu kitorang buat cocktail ja tu pun untuk makan2 sambut bufday ayah. Mak cakap esok kan semua dah nak balik xpyh la nak masak apa. Just p rumah opah makan kat situ saja. Jadi lah kan. Betui jugak. Semua balik time hari raya membazir kot kalau nak masak. 



Senyum lebar ayah dapat hadiah tv 40inci. Hadiah dari anak2.. Kebetulan tv kat rumah rosak sebab tu la bagi hadiah tv. Kek tu plak mak yang tempah. Snow cheese namanya. Memang sedapp sangat. Kalah secret recipe. Cheese dia memang penuh. Bila makan tu rasa cheese sesaja. Niat di hati nak makan banyak tapi iolls takuit nty badan naik, acaner tu? Hmm..
Esoknya macam biasa sebelum p semayang raya kitorang akan p rumah opah cu (adik opah). Rumah opah cu sebelah rumah FIL ja. Memang tu la rutin setiap kali raya mesti kena p rumah opah cu dulu makan2. Pastu semua p semyang raya, aku yang x p semayang ni p rumah opah sesiap tunggu FIL kat sana. Kat rumah opah dapatlah rasa nasi impit semua. Seronok sebab tok siap bertakbir lagi. Lain sangat dengan famili aku. 

Petang tu aku n husband bawak zara's p tengok orang sembelih lembu. Kat kampung husband ada 3 ekor lembu korban. Sakan jugaklah korban kat sini. Dapatlah sikit daging bawak balik kl. Rejeki hikhik. Malam tu kitorang gerak balik kl sebab besoknya gue mauu keja. Xdak cuti2 dah. Sedihh aku nak p keja balik. Dah lama cuti rasa liat plak nak p keja. Besa la kan . Semua orang macam aku kecuali husband. Dia punya semangat nak p keja lain macam. X seronok kalau nak ajak dia cuti. Mesti dalam mimpiku lah. Susah nak tengok husband cuti. Husband ni xtau penat kah??




Okbai

P/s: syukur masih diberi kesempatan untuk aku dan keluargaku beraya bersama. Syukran Ya Allah ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.