Saturday, October 5, 2013

.The Prestige.

Assalamualaikum

Memang superb la cerita the prestige ni. Aku baru ja tengok, hahaha.. Padahal cerita ni dah lama keluar kot. Malam tadi la cerita ni ada kat tv2 tapi time aku bukak tu dah separuh dah cerita tu. Dah x berapa nak faham dah. Besa la ni kan cerita christopher nolan. Dia kan femes dengan cerita yang best2. Eh2, x kenal ke? Christopher nolan ni director cerita batman tu. Cerita dia kebanyakan semua best2. Kagum aku.

Macam cerita the prestige ni cerita dia pasal magician. Tengok macam ringan je cerita dia kan tapi kita kena banyak berfikir kalau tengok cerita christopher nolan. Memang aku x nafikan setiap kali tengok cerita dia mesti aku rasa cam "aahla, x terpikir pun". Sampaikan dah abes cerita tu kita still pikir lagi. Setiap cerita christopher nolan memang x penah tercapai dek akal ku langsung *udah macam tajuk lagu elyana plaks*. Dia punya imagination terlampau tinggi. 

Aku ni sebenarnya bukan minat sangat cerita omputih ni. Iolls kan wanita melayu terakhir *pitam*. Iolls tengok cerita melayu ja. Yang selalu aku dok ulang pun cerita anak mami kembali bole? Hahaha.. Saja la dok kena gelak dengan husband. Lantakla asal aku suka, mihmihmih.. Husband minat sangat dengan christopher nolan. Dia la yang selalu paksa aku tengok. Last2 aku pun dah terjebak sama. Sampai p keja pun teringat ingat lagi. 

Yang cerita the prestige ni memang best. Kalau korang x caya tengokla. Aku ni pun rasa nak ulang ja cerita tu. Tengok sekali rasa macam x pueh ja. Seronok plak aku bila layan cerita ni. Yang husband lagi seronokla wife dia suka layan benda yang dia suka. Layan pun layan gak jangan x terbuat keja rumah sudah,hehe..

Okbai

P/s: opss, gambar christopher nolan aku lupa nak tempek. Korang google la eyh kalau nak tau muka dia camne,hehe ampunnnn.. Xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.