Powered By Blogger

Thursday, October 3, 2013

.Ni lah Famili Aku.

Assalamualaikum

Selama aku buat blog ni x penah kot aku cerita pasal famili aku, ekeke.. Ampunn. Aku buat blog ni pun saja suka2. X penah terpikir plak nak cerita pasal famili bagai dalam blog aku ni. Tapi skang blog ni dah macam bff aku. Apa2 cerita mesti aku taruk dalam ni sebab blog ni kan "just story of me". Semua cerita pasal aku. X kesahlah kalau xdak sapa yang baca pun yang penting tuan tanah pueh hati. 


Oke. Aku anak bongsu dalam 4 orang adik beradik. Sorang lelaki dan 3 orang pompuan. Kitorang ni sangatlah rapat. Kalau nak p mana2 ka apa mesti dengan adik beradik ja. Kami ni jarang sangattt keluar dengan kawan2. Nasiblah kakak aku yang 2nd tuh pandai drive. Dia je la yang jadi driver kitorang dulu, kini dan selamanya. Adik beradik lain x guna. Apa pun x bole hahaha.. 


Mula2 aku kenalkan mak aku dulu. Nama mak sariah. Tahun ni umo mak dah 61 tahun. Umo ja tua tapi badan Alhamdulillah gagah lagi. Aku ngan mak share tarikh lahir yang sama, anak mak la katakan hikhik. Mak bagi aku seorang wanita yang sangat kuat. Makla yang bela kitorang dari kecik sampai besar sebab abah meninggal awal. Time tu umo mak dalam 30 lebih camtu. Dulu kitorang duduk kat kl tapi bila arwah abah dah xdak nenek laki suruh mak balik dok kat kampung. At least kat kampung ada orang tengok2 kan sebab time tu anak2 semua kecik2 lagi. Tu yang nenek laki risau tu. Balik kampung mak p keja kilang kat penang. Dengan duet keja kilang la mak besarkan kitorang. Tapi paham2 la gaji keja kilang x banyak mana tapi Alhamdulillah cukupla makan pakai kami anak beranak. Lebih2 nak beli barang yang x perlu tu mintak maap. Memang x dapat. Dulu masa kecik2 kalau nak sesuatu barang tu ada la jugak mintak tapi bila mintak x dapat mengamuk jugaklah aku. Time tu kecik lagi xtau mak xdak duet ka apa. Bila dah ada akal sikit aku banyak pendam ja dari mintak kat mak. X sampai hati nak susahkan mak. Skang ni mak tinggal sorang2 kat kampung. Mak xmau dok sini sebab mak banyak aktiviti kat kampung tu. Mak ikut kawan p mengaji, marhaban dan baca yassin. Xpa la.. Aku lega jugak mak dok kat kampung bole la mak beribadat semua. Kalau dok sini kesian plak kena jaga cucu2. Kadang bila mak sorang2 kat kampung risau jugak tapi pakcik2 aku dok dekat2. Apa2 bole jenguk mak. Aku pun bole kata tiap hari jugak la tepon mak. Ubat rindu. Terima kaseh mak. Maklah mak yang terbaikk dalam dunia. Xdak sapa bole ganti mak tau. Sayang mak dunia akhirat!







Kenalkan plak.. Anak sulung dalam famili aku merangkap anak lelaki satu satunya.. Nama abang mohd fadzli. Aku panggil abang li saja. Umo dia tahun ni masuk 36 tahun tapi masih bujang trang tang tang giteww. Aku pun xtau la kenapa sampai skang dia x kawen2 lagi. Xdak sapa nak kot muahaha!! Mak dah risau dia x kawen2 lagi. Biarkan jela mak. Pikir pun buat pening kepala ja. Abang li ni perangai dia gila2. Perangai tu x sama langsung dengan umo dia. Kadang tu cam bebudak pun ada. Gegurl konfiuss sangat ada abang camni. Tapi aku redho saja. Abang li ni banyak tolong adik2 dia. Kalau kitorang xdak duet ka apa dia bagi pinjam duet dia padahal dia pun xdak duet jugak. Sebab tu la bila dia susah aku bagi ja dia duet. Amekla bang.. Kira sedekah..





Anak yang no 2 ni haaa.. Nama dia zalipah. Mak cerita masa mula2 dulu nak letak nama kakpah ni fadzilah sebab nak sama huruf pangkal depan dengan abang li tapi arwah abah dulu minat sangat kat sorang penyanyi ni. Nama dia zalipah sebab tu dapat anak pompuan terus arwah abah letak nama zalipah,ekeke. Glamer kau kakpah. Umo kakpah 32 tahun. Pun x kawen lagi. InsyaAllah tahun depan kot. Tapiii kakpah ni awet muda sangatt. Maybe sebab dia x kawen lagi kot. Bila iolls jalan dengan dia semua kata aku ni kakak dia bole??? Tensi sangat. Tengokla lepas kawen nty aku kakak ka aku adik. Tunggu jela.. Kakpah ni x kedekut dengan adik beradik dia. Kalau dapat gaji selalu belanja kitorang makan. Dia la yang banyak berkorban. Apa2 yang adik beradik dia mintak dia cuba tunaikan tambah2 mak. Dengan mak dia langsung x berkira. 



Yang no 3 nama dia zulaiha. Umo dia tahun ni 28 tahun. Dia ni pun perangai gila2 jugak. Suka perasan dia paling lawa dalam famili aku. Hello, aku pun lawa jugak tauuu!! Aku ingat lagi masa dia muda belia dulu tetiap malam dia buat fesyen show. Al kesahnya kat rumah aku ada cermin besauuu. Cermin tu bole tengok dari atas sampai bawah. Kaklai ni apa lagi kan ke dia perasan dia paling lawa *mata ke atas* dia punya la buat fesyen show sampai tukar baju berhelai helai.. Siap berkasut lagi. Pakej sekali dengan catwalk. Kauu mampuu?? Aku time tu bodo2 punyala kagum tengok kakak aku, hahaha.. Sampai skang kaklai ni tetap bergaya walaupunnn gems.. Ni baru ja kuruih sikit kalau x gemok ya rabbi. Sumpah x tipu! Kaklai ni dah kawen. Dia kawen muda x salah aku masa dia umo 22 tahun kot. Skng dah ada anak dua. Sepasang. Icha dan yayan. Tu jela dua orang anak buah aku yang tersayang sangatlahh.




Ha.. Ni la anak bongsu puan sariah. Paling lawa gitew dalam famili. Aku lettew, kekeke.. Nama aku zurini. Dari kecik orang panggil aku juju. Tahun ni genap umo aku 25 tahun. Muda lagi tapi anak dah dua, Alhamdulillah.. Aku ni nak kata manja, bole la.. Dulu sebelum kawen bole la manja lebih sikit. Lepas dah kawen mcm x koserr je nak manja2. Perangai buruk aku yang orang lain mungkin nyampah ialah aku ni kuat merajuk. Besa la kan anak bongsu mestila kuat merajuk. Aku x faham kenapa orang lain x bole nak faham kite2 yang anak bongsu ni mesti kena kuat merajuk, mihmihmih.. Yang lain tu semua oke ja. Aku kan perfect *sangatlah*. 







Okbai

P/s: aku sayang gilerr famili aku. Even selalu gadoh tapi kejap ja pastu baik balik. Air dicincang x kan putus kan. ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.