Thursday, January 9, 2014

.Berholiday di Teluk Intan.

Assalamualaikum

Ni request daripada oh ayah mertuaku. Ayah mintak semua anak2 dia amek cuti  23hb & 24hb dec lepas. Katanya nak berkumpul ramai2. Dah lama rasa x berkumpul sebab masing2 bz dengan kerja. Tambah2 kami lah. Jauh di mata gittew.

Semua pakat lah amek cuti langsung dengan cuti krismas sekali lah kan ofcos. Seronok gak kadang2 tu deret cuti panjang. Hilang stress kittew. Xdak pikir pasal keja langsung. Fokus kat famili saja. Mak awal2 dah bagi wassap planning time holiday nak buat apa. Mak memang jenih orang yang berplan x kira lah benda besar or kecik. Kalau dah siap plan ni xdak la kelam kelibut kan. Semua dah tau apa yang nak dibuat. 

Pagi sabtu kitorang gerak terus ke ipoh. Ada kenduri sedara husband kawen. Hujung tahun kan ramai yang buat kenduri kawen. Time tu jalan kat highway pun jammed. Dah macam nak balik raya je. Nasib baiklah masuk2 je kete zara's mengamuk nak tito sebab sebelum pegi aku paksa diorang jangan tito. Aku bagi je diorang main sampai penat. Masuk keta terus lena. See, the power of mama hahaha.





Zara's ni memang susah nak senyum. Muka tu mashem je. Menurun ikut ummi dia la tew. 

Hari ahad tu activity buat bbq. Plan nak buat malam tapi kak ila nak balik manjung petang tu sebab esok kak ila kena keja. Makan tengah ari kitorang dengan bbq. Bole je.. Mak masak gulai tempoyak ikan haruan. SEDAP GILER!!! Sekarang kan musim doyan banyakla tempoyak nya. Syiok! Opah, famili maknah, famili makcik n famili makyang pun ada join. Seronok bila makan ramai2. Meriah. Kitorang lepak kat bengkel baru azim. Ni baru buat. X siap 100% lagi. Besar bengkel udah macam rumah dah :)






















Esoknya hari senin kitorang gerak pegi manjung pulak. Sambung holiday kat sana. Sampai sana terus shoot pegi teluk senangin. Nak mandi manda. Tengahari rambang kitorang pegi. Hitam kulit aku ekeke. Apa ingat aku x mandi ke? Sori hokey. Dah lama aku mengidam nak tejun laut baru sekarang dapat sebab zara's husband dan abg yen tolong pegangkan. Aku yilek. Feeling mandi sensorang. Kat teluk senangin ni x bape best sebab tempat dia x dikomersialkan. X macam teluk batik. Ingat nak mandi kat teluk batik tapi diorang cakap teluk batik sekarang dah kotor. Banyak minyak sebab ada kapal kat situ. Teluk senangin airnya still okay tapi environment dia x segah macam kat teluk batik. Eh, mana2 pun sama asalkan dapat mandi laut kan.







Malam tu jalan2 kat area lumut. Seronok sangat. Kebetulan time tu ada expo ape ntah. Kitorang pun singgahlah kejap. Aku yang mengada ngada nak turun sebab nak belikan zara's t shirt lumut or pangkor ke. Sekali size untuk diorang xdak. Opah yang belikan diorang baju. Thanks opah! 

Kitorang bermalam kat manjung sebab ada plan lagi nak buat kat manjung tu. Esoknya kak ila amek el so bole lah join kitorang sekali. Kitorang plan nak main bowling. Kebetulan ada bowling center baru bukak. Memang kitorang x lepas peluang lah. Aku dah lama giler x main bowling since sebelum kawen rasanya. 


















Balik ke teluk intan dalam kol 4 petang gitu. Sampai je rumah terus kami laki bini p pasar malam. Malam tu x masak. Masing2 dah letih. Makan lauk tunjuk je. Ni gaya anak dara aku makan bihun sup. Nak nangis aku tengok. Sampaikan kuah bihun sup tu diorang lap 1 muka macam amek air sembahyang. Nasib x pedas. Satu meja makan tu comot disebabkan diorang. Sabar jela. Camni la kot gaya budak2 nak membesar. Nak halang kesian pulak. Lepas abes main kena bagi mandi balik padahal baru je lepas mandi. 


Lepas dah mandi bole pulak budak dua orang ni main masak2 kat dapo. Orang semua kat ruang tamu diorang senyap2 buat keje kat dapo eyh. Siap masak ball lagi. Ade je keje yang diorang buat. Ni bole bikin panas hati ummi ni. Nak menjerit marah terkezut pulak mak n ayah mentua aku ekeke. So, ummi buat2 suka je huhu.. *nasib baikla ko nakk*


Esoknya pagi2 husband ajak aku pegi kebun keluarga ayah kat kampung gajah. Nak p kutip buah doyan, rambutan dan langsat. Sonokla aku. Ni festaim aku p kutip doyan. X penah merasa lagi. Jakun sangat hahaha. 






Ok.. Petang tu kitorang balik kl sebab esok dah nak keje hukhuk.. Cakap pasal keje terus rasa nak pengsan. Apakah?

Okbai

NotaKaki: Sekali sekala cuti panjang macam ni sonok jugak kan. Macam nak lagi je hekhek ;p

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.