Powered By Blogger

Wednesday, January 22, 2014

.Bulan Jan 14 Bulan Sakit 1 Famili.

Assalamualaikum

Fuhhhh.. Banyak betul dugaan bulan ni. Dugaan sakit untuk famili aku. Mula2 Amalia sakit. Kak wan col bagitau Amalia demam panas. Kitorang pun amek halfday terus bawak Amalia pegi klinik. Doc check suhu Amalia tinggi 39.7'c! Doc nak bagi ubat bontot tapi dose untuk budak umo Amalia xde stock. Yang ade dose 250 tapi dose tu terlalu tinggi untuk Amalia. So doc mintak kitorang refer ke hosp untuk amek blood test.




Husband terus shoot p SJMC. Amek blood test Amalia dan baru dapat tau Platlet darah putih Amalia tinggi daripada biasa. Nasib baik bukan denggi. Cuma ade jangkitan bakteria saja. Lama jugak tunggu result darah tu. Udah macam hosp gomen dah huh!

Hari rabu dan khamis aku terpaksa amek el sebab Amalia still demam panas lagi tapi xde teruk macam 1st day hari tu. Nak hantar kat kak wan kesian plak kak wan kena jaga dua2. Lagipun anak tengah demam x sampai hati aku nak tinggalkan dia.

Hari khamis malam tu kami balik teluk intan. Wehuuuu!!! Ada duku langsat tengah tunggu weolls kat rumah tu. Tapi masa kat kampung lalat banyak. Ayah cakap sebab durian banyak tu yang lalat ada tu. Sebelum ni x penah plak tengok lalat banyak macam tu. 

Balik kl hari isnin aku plak mc sebab aku demam. Aku start sakit tekak dan selsema kat kampung lagi. Ni mesti berjangkit dengan Amalia. Aku kan jaga dia hari tu. Last2 aku plak yang kena virus dia. Tengah hari tu kak wan col bagitau Amani plak sakit. Muntah dan cirit birit. Minum susu muntah. Makan xnak. Poo poo air je. Amalia pun cirit birit jugak. Husband amek halfday then bawak zara's p klinik. Doc pun pening xtau nak buat apa sebab budak2 umo diorang ni biasa x kena cirit birit,huhu.. Tapi yang paling merisaukan aku, doc check paru2 kanan Amalia macam ade jangkitan kuman sebab ade bunyi crackers. Hari khamis ni kena datang klinik untuk check balik. 


Hari ni aku el lagi sebab Amani plak kena demam panas. Start petang semalam. Biasa la kan kembar x seiras. Kalau demam bukan nak serentak. Memang senang macam ni tapi banyak jugak cuti yang aku nak kena amek. Dahla cuti xde. Potong gaji le jawabnya. Tapi sebab anak aku x kesah. Xkan nak biar anak sakit aku bole p keja plak kan. Idokle..

 Ni muka budak x rela makan ubat. Kena paksa dengan ayah ummi muahaha..

Amani lepas makan ubat.. Lagi teruk daripada Amalia kalau nak bagi ubat.. Semua dia tendang fuhh..

Husband dan kak nis pun terkena cirit birit dan muntah. Rupanya famili husband pun ada yang terkena cirit birit dan muntah. Kak ila pun dapat 2 hari mc sebab cirit birit. So, kitorang suspect zara's terkena keracunan makanan la. Kitorang takut jugak diorang ade penyakit lain. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat klinik x la kerap sangat cirit birit dah. Syukur. 

Harap2 sampai sini jela dugaan sakit untuk kitorang. Aku tau Allah bagi kita sakit sebab Dia sayangkan kita. Dia nak kita selalu ingatkan Dia. Lepas ni kena jaga kesihatan elok2. Zara's pun aku ingat nak bagi makan sumthing untuk kuatkan antibodi diorang since diorang kan x dapat susu badan dulu. Kesian zara's..

Okbai

P/s: time sakit ni iolss x dapat nak teruskan diet atkins sebab selera iolss lebih kepada nasik eh?!! 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.