Powered By Blogger

Saturday, January 11, 2014

.Hi Atkiners!!.

Assalamualaikum

Hari ni cukup seminggu aku diet atkin. Ye betulll. Itu hari punya cerita semangat post pasal diet atkin. Last2 aku kecundang masa 2nd day induction. X tahan punya pasal. Oh hoiii!!! Sapa yang x tahan?? Diet atkin x bole makan nasik tau. Semua jenis karbo x bole makan. Tahun ni kan azam aku nak kuwus. Itu yang dah sampai seminggu ni. Lagi seminggu induction lepas tu dah bole makan yang lain2 sikit.

Sebenarnya x susah diet atkin ni. Cuma kau kena kuat je. Tengok orang lain makan nasik kau kena tahan kalau x senang2 je diet kau gagal. Aku pun x kuat mana tapi aku cekal kan hati kuatkan iman *ecewah* sebab nak kuwus punya pasal. Lagi satu aku nak jaga kesihatan. Sebab bila badan dah gemuk penyakit senang datang kan. So tepuk dada tanya lah iman. Badan kita, kita lah yang kena buat keputusan kan. 

Dalam seminggu ni aku ada jugak cheat. Iman x kuat lagi. Tapi kalau aku rasa macam down aku bukak fb kelab diet atkin. Kat dalam tu macam2 ada. Resepi atkin, gambar atkiners before n after.. Macam2 lagi lah. Bila dah baca tu rasa semangat balik. Kadang tu rasa bosan jugak asyik makan benda yang sama tapi husband selalu bagi support kat aku. Dia belikan sayur. Macam2 sayur dia belikan. Macam dia plak yang nak diet. Penah jugak aku menangis sebab x tahan nak diet ni tapi husband pandai pujuk. Dia ajak kitorang keluar pegi cari ayam golek. Baik sangatttt b ni tauuu. I lap u cyg!!!!!

Hari2 p keje aku bawak bekal. Aku makan awal. Sebelum pukul 7am aku dah makan. Dengan husband sekali join. Sebenarnya breaktime aku pukul 10am tapi aku sendiri ubah lagi awal bhahaha. Lambat sangat kot pukul 10 tu. Lagipun kalau aku makan awal semua keje bole siap. Kalau x bercinta lah. Petang tu mesti kelam kabut siapkan semua keje. Bijak kan aku ni ekeke.

See.. Ni gambar aku sebelum dan selepas aku berdiet atkin. Baju kurung merah ni gambar aku semalam. Aku paksa husband amekkan gambar aku. Gambar baju hijau tu 30hb dec 2013. Ada beza x...... Banyak lagi aku nak kena turunkan. Bila aku tengok gambar aku baju hijau tu rasa sewam sangat. Aku x penah gemuk camni tau. Takuit aku.


Sebenarnya x kesahla macam mana gaya kita nak berdiet asalkan x melampaui batas. Pastu jangan sampai jejas kesihatan. Kalau dah sampai sakit tu sebab diet ekstrem sangat. Kalau bole jangan bagi badan tu terkejut sangat. Ecewah aku ni cakap dah macam perunding diet dah hahaha. Oklah. Aku nak masak telo ni. Asyik telo je kan. Muka pun ada macam telo dah ihik.

Okbai

NotaKaki: moga aku kuat. Go go da!!!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.