Powered By Blogger

Wednesday, August 24, 2011

S.P.A


Peluang rebut sejuta kerja kosong
 
PUTRAJAYA - Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.
"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Assalamualaikum ;)

Hari ni aku terbaca pasal kerja kosong untuk kerajaan. Memang ni lah peluang yang aku tunggu2. Keje gomen ni byk faedahnya sebab tu ramai yang nak keje sini. Dah banyak aku isi SPA tapi x dapat2 jugak. Belum rezki aku agaknya.. InsyaAllah, aku xkan putus asa isi SPA ni. Doakan aku ye, moga2 dapat aku keje gomen dapatlah bantu family..

p/s: Nak col SPA lah password ada problem,huh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.