Sunday, February 24, 2013

.Update Lima Bulan.

Assalamualaikum

14 feb tadi genap anak2 aku 5 bulan. fuh, rasa cepat sangat masa berlalu. dulu kecik ja sekarang ni bila aku dok pangku diorang rasa dah besar dah. sedih plak aku rasa. touching gila babe! Alhamdulillah, baru2 ni p klinik timbang si kakak berat 6kg dan adik plak 5.8kg. even x berat mcm budak2 lain xpela.. janji sihat. nurse xdak bising apa2 pun pasal berat diorang ni.

Sekarang ni dua2 dah pandai meniarap. pantang letak bawah mesti pusing badan nak meniarap,hehe.. lagi satu pantang diorang ni kalau kita amek barang kat tangan diorang mesti menjerit menangis. bila dah pandai main mcm ni la. x bole orang pegang langsung. 

Aku dah ajar anak2 naik walker. mak aku yang suggest sebenarnya sebab senang kalau dia nak semayang, masak etc.. mula2 aku n husband ingat nak beli ja walker tu. bulan ni beli satu bulan depan beli satu lagi, tapi nasib baikla kakak aku bagi walker anak dia. xpyh dah nak beli. lagi satu walker makcik aku cakap nak bagi pinjam walker cucu dia. tunggu tu je la. rezki anak2 gamaknya. 

Setakat ni mak aku masih lagi jaga anak2 aku. kalau time aku n husband keja sorang aku hantar pengasuh sorang mak aku sorang. pengasuh sebelah rumah saja. aku x confident lagi nak jaga anak2 aku sorang2 time husband aku keja malam sebab tu aku kena mintak jugak bantuan mak aku,hukhuk.. kadang aku teringin nak jaga anak2 aku dengan tangan aku sendiri tapi aku x mampu. 

Alhamdulillah lepas ja abis pantang dulu, time malam ja anak2 aku mesti tido sampai esok pagi. diorang dah kenal malam tu waktu untuk tido. part ni la yg aku syukur sangat2.,ngeeee.. aku ingat lagi masa pantang dulu tiap2 ari kakak tido pukul 4 pagi,huhu.. memang letih xtau nak cakapla. sekarang ni setiap pagi anak2 aku bangun pukul 7 pagi. biasa memang waktu time aku nak p keja diorang bangun. nak ikut ummi p keja ya,hehe.. bagi main jap lepas tu for sure diorang ngntuk. mak aku buai then tido balik. dalam kol 9 pagi bangun bagi mandi hantar kat pengasuh sorang. main2 lagi bagi penat tido. petang plak dalam kol 2 petang bagi tido sampai la kol 5.30 petang. bila malam kol 8.30 dah start tido sampaila esok pagi. ari2 macam ni.. ^_^

Bulan depan anak2 aku dah masuk 6 bulan. apa la yang diorang nak belajar plak lepas ni kan. tunggu jela. saat2 ni la aku tunggu. nak tengok apa yang diorang bole buat lagi. aku xnk miss setiap momen indah ini.

sibuk menyembang. sembang apa la tu..

pose kembar >_<

Amalia n kak yong

Amani n kak yong

ni gambar paling latest,ngee..


Bubye

p/s: bila tengok anak2 dah besar rasa nak nangis plak,uhuk!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.