Powered By Blogger

Tuesday, February 26, 2013

.Syukurlah.

Assalamualaikum

Entry kt bawah ni bukan hasil nukilan aku pun. aku copy n paste dari ayat Fynn Jamal. bila baca baru tersedar rupanya aku ni x penah nak bersyukur dengan apa yg aku ada. 

************************************************************************
kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.


************************************************************************

Selama ni selalu aku mengeluh kenapa la aku ni serba serbi x cukup. org lain keja jugak. keja biasa dari aku tapi cukup segala. aku ni ada ja benda yg x cukup. sebab apa jadi x cukup? sebab aku suka mengeluh. aku x malu nak bagitau keburukan aku sebab aku tau aku ni manusia biasa. aku x perfect. semua manusia ada khilaf dia tapi aku try ubah sikap aku sebaik mungkin. 

Kadang bila tengok orang ni bergaya dengan hand bag baru, kasut baru aku pun teringin sama tapi x dapat nak beli sebab kena pikir duet nak guna untuk benda yang lagi penting. selalu keluar ayat dari mulut aku 'susahnya hidup..' sebab tu kot hidup ni x berkat. x penah nak bersyukur. asyik mengeluh saja. sekarang baru tersedar. ada orang lagi susah dari aku. nak bagi susu kat anak pun x bole xdak duet nak beli susu. nak xnk anak kena minum susu pekat tin tu. kesian.. kita yang sah2 mampu ni nak mengeluh lagi? manusia manusia.. aku la salah sorangnya.. Astagfirullah..

Bubye

p/s: credit to Fynn Jamalmohon share..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.