Powered By Blogger

Sunday, June 24, 2012

.Stretch Marks, Euww!.

Assalamualaikum.

Tanda-tanda rekahan terjadi akibatnya kulit tegang kesan daripada pertambahan berat badan ibu secara mendadak semasa hamil. Rekahan ini akan bertambah banyak bila bayi yang ada di dalam kandungan terus membesar. Biasanya kulit-kulit merekah ini akan kelihatan apabila usia kehamilan memasuki bulan kelima. Wanita yang berisiko untuk mengalami kesan kulit merekah adalah wanita yang kurang elastik kulitnya.

*sumber dari google

Bagaimana untuk mengatasinya?
Sapukan kulit dengan minyak zaitun, krim khusus atau minyak bayi setiap kali selesai mandi dan sewaktu hendak tidur. Perlu diingat, tidak ada krim atau minyak tertentu yang dapat menghilangkan tanda-tanda rekahan ini.
Ini kerana krim atau minyak hanya akan melembutkan kulit daripada luar namun tidak dapat mengubah kelenturan di bawah permukaan kulit. Seeloknya, sebelum menggunakan apa jua krim dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan terjadinya iritasi pada kulit.
Selalunya selepas berlakunya rekahan kulit warna-warna kemerahan yang timbul akan pudar sedikit demi sedikit. Ia akan meninggalkan bekas berupa garis-garis berwarna keperakan. Keadaan ini akan dapat dilihat beberapa bulan setelah anda melahirkan bayi.


Oke, part ni memang saya dah kena. starting time saya preggy 4 months klu x salah saya lah. masa tu saya x bole tgk bwh perut ni sebab perut dah besar. bila ade rase gatal2 gitu saya garu je sebab time tu xtau stretch marks ni dah ade dan xtau rase gatal tu akan jadi stretch marks, yelah, 1st time pregnant kan bukan ade experience pon. skang ni stretch marks x usah ckplah memang byk sgt kat perut ni. saya perasan masa saya dok sibuk tgk perut kat cermin dalam bilik. bila tgk perut ni Ya Allah.. dah teruk rupanya.. selama ni xdela nak check2 perut,huhu.. sedih. ramai kwn2 cakap stretch marks ni susah nak ilang, abesla saya..  


Pasni saya nak beli ni la..



Even mcm dah terlambat tapi at least saya cuba usaha ilangkan. xtaula klu guna cocoa butter ni stretch marks bole ilang ke ape tapi klu dapat kurangkan pon dah kira syukur Alhamdulillah.. takut bila kwn2 cakap nty bila dah bersalin stretch marks tu akan jadi kehitaman, arghhh!! xnak2. rase menyesal plak bila dulu dok garu2 perut ni. rase mcm nak patah balik ke masa lampau, time ni baru la pikir ade x jam mcm doraemon tu bole balik ke masa dulu,hehe.. klu ade saya nak jaga perut ni betul2.. klu rase gatal je saya tahan dari garu ^_^ tapi nak buat camne kan, benda dah jadi terima jela dah perut sendiri. en suami pon ckp xpela babies pnye pasal,hehe..xtaula ikhlas ke x.

okbai.

p/s: b, pas besalin i akan jaga perut ni + body sekali eyh,hehe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.