Powered By Blogger

Friday, May 31, 2013

.Anak Sakit.

Assalamualaikum

Minggu ni 4 hari aku ambik unpaid leave sebab anak aku sakit. Start sakit hari rabu lepas. time tu aku kat tempat keja, pengasuh aku htr msge bgtau badan amani panas. aku x terkejut sangat sebab biasa kalau nak masuk bulan baru anak2 aku mesti demam. biasa orang2 tua cakap baby demam sebab nak dapat benda baru. 

Balik rumah aku terus bagi amani makan ubat, nasib ada lagi ubat amalia sebab sebelum tu amalia dah demam dulu. pagi khamis dalam pukul 3 camtu, amani x bole tido. merengek2 dia kat aku. aku pegang badan dia, panas yang amat. bagi susu dia xmau. menangis ja. then aku ribakan dia baru dia bole tido. bila letak kat bantai dia terjaga, menangis nangis. dia nak tido atas riba aku saja. x lama tu dia jaga,dia muntah kat aku. banyak sampai lenjun la baju aku. time tu aku dah start risau. x penah2 amani muntah sampai macam ni. sampaila amani start terkejut2. masa tu memang aku dah risau gila, air mata aku ni x berenti mengalir. aku takut kalau amani kena sawan ka apa. aku peluk amani kuat2 sampai dia ok. pastu aku bagi amani kat husband sebab aku nak tukar baju yang kena muntah td pastu terus nak solat subuh. abes solat, husband plak kena muntah amani. masa husband pegang pun amani still terkejut2 lagi. husband ajak p klinik. nasib ada klinik yang bukak 24jam kat area rumah aku tu.

Hari tu aku x p keja, jaga amani. amalia aku hantar kat kak wan. aku x bole nak jaga dua2 sebab amani nak menempek dengan aku saja. kesian pulak kalau amalia tinggal sekali, x terjaga pulak dia. check dengan doc temperature dalam 37`C, ada demam sikit saja. kira dah lega dah hati aku ni.

Sampaila hari ahad lepas, amani still demam panas lagi. tiap2 malam aku lap badan dia dengan air asam. letak air kat kepala, balut tuala basah kat badan. masukkan ubat bontot kalau temperature badan dia 39`C. semua aku dah buat tapi badan dia still lagi panas.

Ahad pagi tu husband ajak p klinik lagi. kami p klinik sama sebab dah ada rekod penah mai khamis hari tu. doc check kata macam ada simptom2 denggi. berderau darah aku dengar. doc bagi surat untuk refer amani ke hosp. lepas tu terus kami shoot p sjmc. 

Kat sjmc, nurse ambik darah amani dan Alhamdulillah result darah tu xdak denggi tapi ada infection lain. so, nurse nak buat urine test plak. nurse letak urine bag kat private part amani tapi masalahnya amani x kencing2! yelah, amani xnak minum, so dia xdak air nak keluar. 2 jam jugakla kami tunggu amani kencing sampaila nurse cakap kalau dia x kencing xpela. tapi kalau amani still sakit lagi dalam 2,3 hari buat appointment dengan doc pakar kanak2.






Hari khamis tadi aku bawak amani p jumpa bidan. ni pun sebab mak aku suruh bawak. saja nak bawak p beurut. kita ikhtiar saja. bidan cakap urat kat belakang badan amani ada terseliuh sikit. biasalah budak tengah lasak, tengah pandai nak merangkak, mungkin ada sikit urat dia tersalah. syukur Alhamdulillah.. lepas ja berurut, amani terus sihat. terus bole senyum. aku rasa sebab badan dia dah lega kot. bidan tu ada cakap baby ni kalau bole kena beurut jugak dalam 3 bulan sekali. insyaAllah, lepas ni aku nak bawak amalia plak p beurut. 

Sekarang ni amani dah sihat cuma badan dia dah susut sikit. aku tengah gigih nak top up kan balik badan dia bagi gemuk balik. rajin bagi makan. susu pun dia dah bole terima dah. lega sangat2.



Bubye

p/s: minggu depan dah start keja macam biasa balik. kena ada semangat baru la sebab dah lama cuti ni,haish!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.