Saturday, May 18, 2013

.Menyesal.

Assalamualaikum

Tau dak benda apa paling menyesal yang penah aku buat? aku menyesal x belajar sungguh2. menyesal sangat weii. rasa mcm nak patah balik ja masa. kalau aku belajar sungguh2 xdakla mcm ni,hewhew..

Dulu masa belajar dok pikir nak main ja. tapi aku xdakla sampai tahap bengap. kira bole lentur lagi la,hahaha.. masa sekolah rendah aku sekolah kat sekolah rendah telok pial. dekat saja dengan rumah aku. p sekolah pun jalan kaki. orang tua kata kalau kentut pun dengar. punya dekat la ibarat dia. 

Masa sekolah rendah aku paling minat subjek bahasa inggeris. dulu aku kira bodo jugakla subjek ni sampaila satu incident tu aku kena denda dengan cikgu bahasa inggeris aku,cikgu jasmi. aku kena berdiri atas kerusi sbb x dapat jawab soalan. start situ la aku usaha belajar bahasa inggeris. tapi exam upsr aku cuma dapat B ja untuk subjek ni. sedih jugakla,huhu..

Masuk plak sekolah menengah aku sekolah kat sekolah menengah kuala kurau. aku x dapat asrama sebab upsr aku dapat 2A saja. masa pmr aku sibuk dengan pertandingan nasyid. masuk bertanding sampai peringkat negeri. belajar dah tunggang langgang. dok pikir nak menyanyi ja. result pmr aku ok2 saja. subjek feveret aku kali ni dapat A. bangga gila la walaupun subjek lain hampeh,hahaha

Lepas tu aku dapat masuk sekolah teknik taiping. syiok xtau nak kata la. aku memang teringin nak masuk asrama. nak rasa mcm mna life duduk berdikari ni. kat teknik aku dah start pandai bercintan cintun. biasala jiwa muda. orang lain ada bf aku pun nak ada bf jgk,huhu. masa dok sibuk bercinta buku tah ke mana. hebat sungguh penangan cinta sampai result spm dapat suam2 kuku saja. frust gila la masa ni. rasa menyesal sangat x belajar sungguh2. dalam kelas asyik dok mengantuk ja. x focus langsung. ni la bayaran yang aku dapat.

Abes spm aku dapat masuk poli. Alhamdulillah x dapat u dapat masuk poli pun jadi la. aku dapat course marketing. aku x tengok sangat apa course yang aku dapat. yang aku tau aku dapat sambung study cukupla. 

Time kat poli pun bercinta jugak. bercinta dengan husband aku, Alhamdulillah. study okla. aku x usaha sangat. xtaula. mungkin aku ni jenis yang dapat result cukup2 makan pun aku kira dah bagus dah n aku x usaha nak dapat lebih dari tu. result cgpa aku dapat 3.35 saja. tu pun aku kira dah ok walaupun aku rasa aku bole buat lebih dari tu.

Sekarang aku keja lari dari course yang aku amek dulu. rasa rugi pun ada tapi ni yang aku pilih. kalau nty aku nak cari keja lain pun mungkin aku xkan cari keja marketing sebab aku x pandai cakap sangat,hahaha. aku lebih suka bisnes. yup,jiwa aku jiwa bisnes. ada la related sikit dengan marketing kan. 

Memang sangat menyesal aku x belajar sungguh2 dulu. kalau x mungkin aku dah ada keta sendiri. nak beli rumah pun senang. kepala pun x pening dok asyik pikir pasal duet. tapi xpa la.. benda dah berlalu. apa2 pun aku dah bahagia ada husband n anak2 yang aku sayang. ni la benda yang aku x penah menyesal yang ada dalam hidup aku.

Bubye

p/s: subjek math paling aku x suka sebab kena kira,haha..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.