Friday, May 31, 2013

.Pindah Rumah Baru.

Assalamualaikum

Dah 2 bulan aku pindah masuk rumah baru. sewa saja. nak beli x mampu lagi. rumah kat area kl dan selangor ni mahai sangat.. yang mampu cuma menyewa saja. cukupla, ada jugak tempat nak berteduh gitew..

Rumah yang kami sewa ni dekat saja dengan rumah sewa lama. belakang saja, sebab tu aku still hantar anak2 kat pengasuh lama. lagipun susah nak cari pengasuh lain sekarang ni. lagi2 anak aku kembar, bukan senang nak cari pengasuh yang nak jaga dua2 baby sekaligus. pengasuh yang ada sekarang ni pun Alhamdulillah, oke..

Sewa rumah baru ni mahai RM100 saja dengan rumah yang dulu. ni pun kira rumah yang terpaksa ambik sebab dah tahap desperate sangat dah time tu. husband sembang dengan owner rumah lama hujung bulan 3 tu kami dah nak pindah padahal rumah sewa baru pun x jumpa lagi! terkial2 jugak la kami laki bini p cari merata rata rumah sewa, hahaha. nasib husband ada p tengok iklan kat 7eleven. husband col then terus plan petang tu nak jumpa. owner rumah baru ni cina perempuan. ok jugak la tapi dia tegas sikit, haha. kira kami masuk rumah 20hb, so dia nak every month mesti bayar sewa rumah 20hb jugak. tu jela yang part dia x boleh tolak ansur.

Masa nak pindah rumah ni, kami x sewa lori pun sebab adik husband ada mai tolong. dia ada ranger. barang2 besar macam sofa, peti ais, katil semua bawak naik ranger saja. jimat. kalau sewa lori dah berapa kan. banyak trip jugakla husband ulang alik. nasib dekat. aku dok rumah saja jaga anak2. nak tolong pun x boleh,huhu..


 gambar masa mula2 pindah dulu. time ni rumah x kemas lagi, ngee >_<




Nak pindah rumah ni susah sikit. kalau bole biarlah lama sikit duduk sini baru la nak pindah tempat lain. banyak benda kena buat. kita tengok barang kita memang x banyak tapi klu dah siap susun, longgok semua.. mak ai.. memang x lalu, hahaha.. 

Tapi dalam hati ni teringin nak ada rumah sendiri. xtau la bila bole beli. tapi husband memang xmau beli rumah area kl dan selangor sebab dia xmau duduk kat sini pun. insyaAllah, kalau ada rezki tempat lain kami nak pindah kat ipoh. xmau la dok sini. pening kepala. tiap hari balik keja jammed saja. sebab tu la kami duduk kat area kg melayu subang ni . kat sini macam kg2 lagi, tenang ja, hehe..

Pada sapa2 yang dah beli rumah muda2 ni, untungla.. senang bila dah ada aset sendiri. aku ni banyak benda nak beli. dalam kepala otak ni berapa banyak barang yang aku nak x dapat lagi,huhu.. xpa la, slow2.. ada rezki adala. sekarang ni, start kumpul duet sikit2. mana tau nty jadi bukit, hehe..

Bubye

p/s: rumahku syurgaku ;)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.