Powered By Blogger

Friday, May 31, 2013

.Pindah Rumah Baru.

Assalamualaikum

Dah 2 bulan aku pindah masuk rumah baru. sewa saja. nak beli x mampu lagi. rumah kat area kl dan selangor ni mahai sangat.. yang mampu cuma menyewa saja. cukupla, ada jugak tempat nak berteduh gitew..

Rumah yang kami sewa ni dekat saja dengan rumah sewa lama. belakang saja, sebab tu aku still hantar anak2 kat pengasuh lama. lagipun susah nak cari pengasuh lain sekarang ni. lagi2 anak aku kembar, bukan senang nak cari pengasuh yang nak jaga dua2 baby sekaligus. pengasuh yang ada sekarang ni pun Alhamdulillah, oke..

Sewa rumah baru ni mahai RM100 saja dengan rumah yang dulu. ni pun kira rumah yang terpaksa ambik sebab dah tahap desperate sangat dah time tu. husband sembang dengan owner rumah lama hujung bulan 3 tu kami dah nak pindah padahal rumah sewa baru pun x jumpa lagi! terkial2 jugak la kami laki bini p cari merata rata rumah sewa, hahaha. nasib husband ada p tengok iklan kat 7eleven. husband col then terus plan petang tu nak jumpa. owner rumah baru ni cina perempuan. ok jugak la tapi dia tegas sikit, haha. kira kami masuk rumah 20hb, so dia nak every month mesti bayar sewa rumah 20hb jugak. tu jela yang part dia x boleh tolak ansur.

Masa nak pindah rumah ni, kami x sewa lori pun sebab adik husband ada mai tolong. dia ada ranger. barang2 besar macam sofa, peti ais, katil semua bawak naik ranger saja. jimat. kalau sewa lori dah berapa kan. banyak trip jugakla husband ulang alik. nasib dekat. aku dok rumah saja jaga anak2. nak tolong pun x boleh,huhu..


 gambar masa mula2 pindah dulu. time ni rumah x kemas lagi, ngee >_<




Nak pindah rumah ni susah sikit. kalau bole biarlah lama sikit duduk sini baru la nak pindah tempat lain. banyak benda kena buat. kita tengok barang kita memang x banyak tapi klu dah siap susun, longgok semua.. mak ai.. memang x lalu, hahaha.. 

Tapi dalam hati ni teringin nak ada rumah sendiri. xtau la bila bole beli. tapi husband memang xmau beli rumah area kl dan selangor sebab dia xmau duduk kat sini pun. insyaAllah, kalau ada rezki tempat lain kami nak pindah kat ipoh. xmau la dok sini. pening kepala. tiap hari balik keja jammed saja. sebab tu la kami duduk kat area kg melayu subang ni . kat sini macam kg2 lagi, tenang ja, hehe..

Pada sapa2 yang dah beli rumah muda2 ni, untungla.. senang bila dah ada aset sendiri. aku ni banyak benda nak beli. dalam kepala otak ni berapa banyak barang yang aku nak x dapat lagi,huhu.. xpa la, slow2.. ada rezki adala. sekarang ni, start kumpul duet sikit2. mana tau nty jadi bukit, hehe..

Bubye

p/s: rumahku syurgaku ;)

.Anak Sakit.

Assalamualaikum

Minggu ni 4 hari aku ambik unpaid leave sebab anak aku sakit. Start sakit hari rabu lepas. time tu aku kat tempat keja, pengasuh aku htr msge bgtau badan amani panas. aku x terkejut sangat sebab biasa kalau nak masuk bulan baru anak2 aku mesti demam. biasa orang2 tua cakap baby demam sebab nak dapat benda baru. 

Balik rumah aku terus bagi amani makan ubat, nasib ada lagi ubat amalia sebab sebelum tu amalia dah demam dulu. pagi khamis dalam pukul 3 camtu, amani x bole tido. merengek2 dia kat aku. aku pegang badan dia, panas yang amat. bagi susu dia xmau. menangis ja. then aku ribakan dia baru dia bole tido. bila letak kat bantai dia terjaga, menangis nangis. dia nak tido atas riba aku saja. x lama tu dia jaga,dia muntah kat aku. banyak sampai lenjun la baju aku. time tu aku dah start risau. x penah2 amani muntah sampai macam ni. sampaila amani start terkejut2. masa tu memang aku dah risau gila, air mata aku ni x berenti mengalir. aku takut kalau amani kena sawan ka apa. aku peluk amani kuat2 sampai dia ok. pastu aku bagi amani kat husband sebab aku nak tukar baju yang kena muntah td pastu terus nak solat subuh. abes solat, husband plak kena muntah amani. masa husband pegang pun amani still terkejut2 lagi. husband ajak p klinik. nasib ada klinik yang bukak 24jam kat area rumah aku tu.

Hari tu aku x p keja, jaga amani. amalia aku hantar kat kak wan. aku x bole nak jaga dua2 sebab amani nak menempek dengan aku saja. kesian pulak kalau amalia tinggal sekali, x terjaga pulak dia. check dengan doc temperature dalam 37`C, ada demam sikit saja. kira dah lega dah hati aku ni.

Sampaila hari ahad lepas, amani still demam panas lagi. tiap2 malam aku lap badan dia dengan air asam. letak air kat kepala, balut tuala basah kat badan. masukkan ubat bontot kalau temperature badan dia 39`C. semua aku dah buat tapi badan dia still lagi panas.

Ahad pagi tu husband ajak p klinik lagi. kami p klinik sama sebab dah ada rekod penah mai khamis hari tu. doc check kata macam ada simptom2 denggi. berderau darah aku dengar. doc bagi surat untuk refer amani ke hosp. lepas tu terus kami shoot p sjmc. 

Kat sjmc, nurse ambik darah amani dan Alhamdulillah result darah tu xdak denggi tapi ada infection lain. so, nurse nak buat urine test plak. nurse letak urine bag kat private part amani tapi masalahnya amani x kencing2! yelah, amani xnak minum, so dia xdak air nak keluar. 2 jam jugakla kami tunggu amani kencing sampaila nurse cakap kalau dia x kencing xpela. tapi kalau amani still sakit lagi dalam 2,3 hari buat appointment dengan doc pakar kanak2.






Hari khamis tadi aku bawak amani p jumpa bidan. ni pun sebab mak aku suruh bawak. saja nak bawak p beurut. kita ikhtiar saja. bidan cakap urat kat belakang badan amani ada terseliuh sikit. biasalah budak tengah lasak, tengah pandai nak merangkak, mungkin ada sikit urat dia tersalah. syukur Alhamdulillah.. lepas ja berurut, amani terus sihat. terus bole senyum. aku rasa sebab badan dia dah lega kot. bidan tu ada cakap baby ni kalau bole kena beurut jugak dalam 3 bulan sekali. insyaAllah, lepas ni aku nak bawak amalia plak p beurut. 

Sekarang ni amani dah sihat cuma badan dia dah susut sikit. aku tengah gigih nak top up kan balik badan dia bagi gemuk balik. rajin bagi makan. susu pun dia dah bole terima dah. lega sangat2.



Bubye

p/s: minggu depan dah start keja macam biasa balik. kena ada semangat baru la sebab dah lama cuti ni,haish!

Wednesday, May 22, 2013

.Cakapla Elok Sikit.

Assalamualaikum

Aku cukup menyampah dengan orang yang suka kondem2 orang lain. aku cakap sebab aku dah kena. lelaki pulak tu. aduyai. sedih la kalau lelaki perangai macam ni.

Aku ni ada jugakla impian nak sambung study. sapa xmau kan. cuma duet ja yang jadi penghalang. aku ada sembang dengan husband pasai benda ni n aku plan macam nak amek course degree pendidikan. mana tau rezki anak2, abes study dapat jadi cikgu ye dak. 

Husband aku jenis x kesah, asal aku betui2 nak sebab dia pun nak sambung study jugak. tapi dah jadi macam ni kena salah sorang la p study dulu. kalau dua2 p buat pjj sakit jugak kan. 

Nak dijadikan cerita, kat tempat keja aku ada sorang brader ni. dia technician jugak. wife dia dulu keja jadi guru sambilan, tup2 wife dia dapat offer dari kerajaan p sambung study degree pendidikan. sekarang dah jadi cikgu dah. aku ni pun tanyala macam mana wife dia dapat offer dari kerajaan. tau dak dia cakap apa? ''ko ingat senang ke dapat keja lepas abes study tu? ko tau x ramai cikgu yang menganggur?''. aku diam. xtau nak cakap apa. lepas tu dia sambung lagi ''ko bole ke nak jadi student balik? baik ko p jogging dulu,hahaha''.. WT%*#@!!! memangla aku sentap gila. x bole ka nak bagi semangat ka apa. aku ni nak sambung study sebab nak ubah ekonomi rumahtangga aku. ko ingat ko punya wife ja yang bole jadi cikgu? cuba la pikir jauh sikit. janganla suka dok buat lawak bodoh n x kena tempat. 

Sekarang ni aku malas nak tegur sangat dah brader ni. kalau nak cakap pun cakap benda yang penting saja. serik aku bila dah terkena. so, impian aku tu macam kena hold dulu ja.. aku bagi peluang kat husband dulu kot,hehe..

Bubye

p/s: lelaki kalau perangai macam ni sungguh x macho. betui!!


Tuesday, May 21, 2013

.Bisnes.

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. aku dan husband dah start berbisnes. sebelum ni aku ada buat bisnes jugak tapi share dengan kawan2. lepas tu x lama dah senyap bisnes kitorang. masing2 bz.. lagipun nak discuss pasal bisnes susah. nak kena plan masa baru bole jumpa.

Bisnes yang baru ni aku dan husband jual barang baby. dah lama aku simpan impian nak jual barang baby. nasib husband setuju dan tolong aku sama buat bisnes ni. lagi satu aku ni x dak lesen. susah sikit kalau nak beli barang niaga. so, husbandlah tempat aku mintak tolong. dat's why aku masukkan husband sekali dalam bisnes aku ni. senang. 

Sebelum aku start bisnes ni aku ada tanya blogger femes safiyyah osman pasal nak berbisnes ni. aku msge piya kat fb tanya mana tempat nak cari barang niaga. piya ni bagitau la kat aku mana dia amek barang. siap bagi website wholesaler tu lagi. punya la baik. x penah la aku jumpa orang macam dia. biasa ada setengah orang x bagi tau mana tempat dia amek barang niaga sebab dia takut kita kacau periuk nasik dia. tapi piya ni x...... dia siap cakap ada ka dalam Al Quran sebut dia sorang ja yang bole meniaga barang baby.. memang start daripada tu aku tersedar, patutla piya ni murah ja rezki dia, dia x kedekut dengan orang. senang ja nak share. dengki tu jauh sekali la.

So, dengan semangatnya, hari ahad lepas aku dan husband p serbu gm klang. kami beli sikit saja. nak test market dulu. borong banyak2 pun takut x terjual susah jugak. hari ni dah masuk hari kedua aku dan husband menjual. semalam aku ada bawak barang niaga p tempat keja. Alhamdulillah ada jugak rezki anak2. kat fb pun aku ada post jugak. siap buat page untuk bisnes aku lagi. 

Sapa2 yang teringin nak beli barang baby dengan harga yang murah, rajin2 la p tengok fb littlepeopleplace . aku pun ada plan nak buat pre order. semua barang akan dijual dengan harga borong, insyaAllah.. doakan bisnes aku dan husband ni lancar. aku harap bukan hangat2 taik ayam la. 

Bubye

p/s: terima kasih Ya Allah ;)

Saturday, May 18, 2013

.Menyesal.

Assalamualaikum

Tau dak benda apa paling menyesal yang penah aku buat? aku menyesal x belajar sungguh2. menyesal sangat weii. rasa mcm nak patah balik ja masa. kalau aku belajar sungguh2 xdakla mcm ni,hewhew..

Dulu masa belajar dok pikir nak main ja. tapi aku xdakla sampai tahap bengap. kira bole lentur lagi la,hahaha.. masa sekolah rendah aku sekolah kat sekolah rendah telok pial. dekat saja dengan rumah aku. p sekolah pun jalan kaki. orang tua kata kalau kentut pun dengar. punya dekat la ibarat dia. 

Masa sekolah rendah aku paling minat subjek bahasa inggeris. dulu aku kira bodo jugakla subjek ni sampaila satu incident tu aku kena denda dengan cikgu bahasa inggeris aku,cikgu jasmi. aku kena berdiri atas kerusi sbb x dapat jawab soalan. start situ la aku usaha belajar bahasa inggeris. tapi exam upsr aku cuma dapat B ja untuk subjek ni. sedih jugakla,huhu..

Masuk plak sekolah menengah aku sekolah kat sekolah menengah kuala kurau. aku x dapat asrama sebab upsr aku dapat 2A saja. masa pmr aku sibuk dengan pertandingan nasyid. masuk bertanding sampai peringkat negeri. belajar dah tunggang langgang. dok pikir nak menyanyi ja. result pmr aku ok2 saja. subjek feveret aku kali ni dapat A. bangga gila la walaupun subjek lain hampeh,hahaha

Lepas tu aku dapat masuk sekolah teknik taiping. syiok xtau nak kata la. aku memang teringin nak masuk asrama. nak rasa mcm mna life duduk berdikari ni. kat teknik aku dah start pandai bercintan cintun. biasala jiwa muda. orang lain ada bf aku pun nak ada bf jgk,huhu. masa dok sibuk bercinta buku tah ke mana. hebat sungguh penangan cinta sampai result spm dapat suam2 kuku saja. frust gila la masa ni. rasa menyesal sangat x belajar sungguh2. dalam kelas asyik dok mengantuk ja. x focus langsung. ni la bayaran yang aku dapat.

Abes spm aku dapat masuk poli. Alhamdulillah x dapat u dapat masuk poli pun jadi la. aku dapat course marketing. aku x tengok sangat apa course yang aku dapat. yang aku tau aku dapat sambung study cukupla. 

Time kat poli pun bercinta jugak. bercinta dengan husband aku, Alhamdulillah. study okla. aku x usaha sangat. xtaula. mungkin aku ni jenis yang dapat result cukup2 makan pun aku kira dah bagus dah n aku x usaha nak dapat lebih dari tu. result cgpa aku dapat 3.35 saja. tu pun aku kira dah ok walaupun aku rasa aku bole buat lebih dari tu.

Sekarang aku keja lari dari course yang aku amek dulu. rasa rugi pun ada tapi ni yang aku pilih. kalau nty aku nak cari keja lain pun mungkin aku xkan cari keja marketing sebab aku x pandai cakap sangat,hahaha. aku lebih suka bisnes. yup,jiwa aku jiwa bisnes. ada la related sikit dengan marketing kan. 

Memang sangat menyesal aku x belajar sungguh2 dulu. kalau x mungkin aku dah ada keta sendiri. nak beli rumah pun senang. kepala pun x pening dok asyik pikir pasal duet. tapi xpa la.. benda dah berlalu. apa2 pun aku dah bahagia ada husband n anak2 yang aku sayang. ni la benda yang aku x penah menyesal yang ada dalam hidup aku.

Bubye

p/s: subjek math paling aku x suka sebab kena kira,haha..

Friday, May 17, 2013

.Cuti Lagi.

Assalamualaikum

Hari ni aku mc. x p keja lagi. minggu ni saja dua hari aku x p keja. selasa tadi sebab amalia demam panas. x sanggup rasa nak tinggal anak. anak2 aku memang kalau nak masuk bulan baru mesti demam. tapi bulan ni amalia demam panas. suhu badan dia sampai 39°c! risau sungguh aku.

Aku plak x p keja sebab selsema dah lebih tiga hari. hingus ni asyik dok meleleh saja. bersin toksah dok cakapla. rimas aku. malam tadi dah start pening kepala. berdenyut yang amat. dugaan betui. baru nak semangat p keja dah jadi macam ni. 

Minggu depan insyaAllah aku nak start keja dengan semangat baru. mudahan murahla rezki anak2. aku p keja dengan niat nak senangkan anak2. Amin..

Bubye

p/s: cepat sembuh! ;)

.Resign.

Assalamualaikum

Akhirnya hari ni aku berjaya jugak hantar surat resign kat bos aku. aku ingat nak hold dulu. rasa mcm nak pikir masak2 dulu walaupun sebenarnya aku memang dah get ready nak tempuh sebulan notis aku resign. 

Bila ja aku hantar, macam2 plak yang bos ak tanya. dia tanya kenapa nak berenti. aku jawab aku stress. kat tempat keja aku stress bila balik rumah pun aku stress. lepas tu mula la dia buat ayat baik2.. ''i ada marah u ka? u x suka dengan keja u sekarang ka? kalau u x suka keja sekarang, u ckp dengan i u nk keja mcm mna.'' tu dia ayat nak pujuk aku toksah benti. 

Lagi dia psiko aku plak.. ''kalau u benti u kena pikir tempat lain u pun akan stress jugak. lagipun u x dpt keja lg. u kena kesian kat aizat. kena kesian kat ank2 u." aku diam xtau nak cakap apa. dalam kepala aku dok pikir betui jgk apa yg bos aku ckp. kira okla dpt bos cmni. kalau time mrh pun dia still nak jumpa kita. kalau dpt bos yg jenis xmau hadap muka kita lagi stress.

Aku bagitau bos aku yang bos husband ada offer husband keja normal tp keja start 6am-6pm. bos aku memang setuju sgt kalau husband keja normal. alasan dia " bila aizat masuk normal, u akan hepi. dan u bole buat keja dengan hepi. malam pun senang bole dua2 jaga anak." hahaha.. memang kaki psiko la bos aku ni. maka dengan ini aku x jadi resign. xpa la.. tahan sikit lagi. demi anak2.

Lepas ni, aku kena buat satu plan untuk rumahtangga aku. segala expanses kena list balik. apa yang boleh cut, cut off saja. 

Plan pertama aku sekarang aku nak start bisnes barang baby. dah lama aku nak buat bisnes ni. bisnes dulu dah jadi bisnes kecantikan. xpa la.. tu bisnes lain. ni bisnes aku dengan husband. harap dapatla buat side income sikit. bila husband dah masuk keja normal bole la husband tolong2 apa yang patut. senang keja aku lepas ni. xpyh pening kpla nak pikir sapa nak teman aku kalau husband keja shift malam. 

So, hadapla material planning tu tetiap hari,huhuhu.. tapi aku kena kuat, kena belajar dari kesalahan lama. x bole mengeluh. moga ada rezki anak2.

Bubye

p/s: syukur Ya Allah atas kurniaanMu..

Tuesday, May 7, 2013

.1st Time Aku Mengundi.

Assalamualaikum

Fuh.. selesai sudah election day ke 13 ni. tunggu lagi 5 tahun nak mengundi balik. walaupun perak x menang tapi kampung aku Alhamdulillah masih lagi Pas pegang. terang kampung aku,hehe.. ni 1st time aku p mengundi. semangat nak balik kampung sampaikan hari jumaat aku dah start cuti. padahal balik kg pagi sabtu,kuikui..

Kakak2 aku tumpang sebab nak jimat duet,biasalah.. balik kg ni tol mahai,huhu.. balik pagi sabtu sebab husband keja mlm tu. husband x daftar so kena ikut wife dia la. pengalaman p mengundi rasa macam2. rasa best ada rasa nebes pun ada, rasa macam nak amek exam pun ada,hahaha

PRU kali ni wujud sistem baru, sistem dakwat kekal. kalau kat jari dia dah ada calit dakwat means dia dah p mengundi. so x bole mengundi banyak kali. SPR kata dakwat ni akan hilang dalam masa 7 hari, dakwat kat jari aku still ada lagi sikit2. mak aku pagi p mengundi petang tu dah hilang. sekejap saja.












Petang ahad tu aku n family siap2 nak balik kl sebab aku n husband kena keja. even isnin selangor cuti tapi bos aku awal2 dah hantar msge bgtau isnin tetap keja. public holiday will provided later T_T

Malam tu sibukla laki bini ni dok bukak tv, bukak internet, bukak fb segala semata2 nak tau result PRU13. tapi result dia lambat gila! yang aku sempat tau negeri aku, perak PKR pegang. lega sikit nak tido. bila bangun tido tgk PKR dah kalah. Perak kekal BN lagi,hmm.. mcm mana bole kalah plak ak xtau. bila baca kat fb ramai yang x puas hati result PRU kali ni. aku ni bukan tau politik sgt sebab politik kat malaysia ni kotor! tapi lepas p mengundi ni, aku rasa aku berhak nak amek tau semua. x dapat banyak sikit pun jadila. 

Tapi xpa la.. PRU13 dah abes.. sekarang BN dah menang, so aku harap dia bole jaga kebajikan rakyat dengan lebih bagus lagi. aku plan nak sambung study, kalau pendidikan kat malaysia ni free, Alhamdulillah.. itu yang aku nak sebenarnya. lagi satu rumah dah makin mahai. untuk orang yang x mampu macam aku ni susahla hai nak ada rumah sendiri. umo dah makin banyak, takut x terbeli rumah nty.. cmno tu???

Bubye

p/s: Ini kalilah



Monday, May 6, 2013

.Rasa Down.

Assalamualaikum

Dalam masa 2 minggu ni aku rasa down sgt2. rasa malas nak p keja. langsung xdak semangat. kalau p keja ada ja yang x kena. kadang rasa macam nak menangis, tapi aku sabar. aku cuba pikir +ve. semua keja ada stress dia, ada masalah dia. memang.. dulu bila aku stress aku bole control tapi sekarang macam dah x bole nak tanggung semua tu. rasa berat sangat bahu aku ni. banyak sungguh masalah.

Aku nak sangat hantar surat resign. kalau bole ari ni jugak! tapi aku kena pikir part lain sama. bukan senang nak cari keja lain. kalau p interview pun belum tentu bole dapat. nak tunggu goverment sampai bila,hmm.. xtaula. sekarang ni aku berserah saja. pasal resign tu memang confirm aku akan resign. aku xmau keja sini dah. dah nak masuk 4 tahun aku kat sini. aku nak rasa environment lain plak. hope ada rezki aku kat tempat lain. doakan aku ya! ;')

Bubye

p/s: may..please be nice to me..

Friday, May 3, 2013

.1 May.. Cuti.

Assalamualaikum

Besnya la cuti. kalau kat Malaysia ni tiap2 minggu ada public holiday kan best,kuikui.. hari ni 1 may, cuti buruh. epi sgt.. lagi epi bila kebetulan husband pun cuti sama. aku ni dah lama nak ajak husband p jalan2. nak hilangkan stress katanyee.. 

Sejak akhir2 ni aku stress gila. xtau nak cakap mcm mana. stress kat tempat keja. biasa la kan bos.. mcm2 dia mintak. bila kita dah bagi dia nak lebih dari tu pulak. kadang tu dia punya tension dia lepaskan kat orang2 bawah dia. semak kepala aku. 

So, ari ni husband bawak kami anak beranak p pantai. saja nak rasa angin laut. hati ni teringin nak p pd tapi pikir tol mahai sikit, x jadi la p sana. kami p bagan lalang kat sepang nun. husband x penah p sini lagi, aku ja yg penah p. tu pun dah lama, p dengan family aku.

Kami gerak dari rumah dalam kol 11am, sampai sana kol 1.30pm. mula kami p pantai morib tapi kat situ x syiok. pantai morib ni kecik saja. bangunan dia pun baru2. kami sempat makan kat situ ja lepas tu terus shoot p pantai bagan lalang. kat sini syiok sikit sebab tempat dia meriah n redup sebab banyak pokok. rasa tenang ja. tapi yang buat spoil air laut time kami mai ni tengah surut,huhu.. 



Ni time kat Pantai Morib

Kat Pantai Bagan Lalang.. air surut,huhu





Kat bagan lalang ni kami lepak lama sikit. siap turun bawak anak2 kat pantai. tapi kena jalan jauh la nak rasa air laut kat kaki. nasib bawak carrier bag. senang nak angkat diorang ni ha. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan p balik anak2 langsung x buat hal. elok ja duduk diam. even aku tau diorang penat tapi diorang still bole senyum lagi. suka jalan letteww,hehe..

Balik tu kami singgah makan kat restoran murni. glamer jugak kedai ni. makanan dia semua pelik2. aku order nasi goreng meletup. meletup sebab nasi goreng ni pedas. husband order sizzling lamb chop. lamb chop ni dia letak kuah sizzling. rasa dia bole tahanla. tapi bagi aku rasa macam x kena ja kuah sizzling dengan lamb chop tu,hewhew.. tapi nasi goreng dia memang terbaik. air, aku n husband order three layer tea n lily fruit. dua2 air ni sedappp..


Ha.. ni la three layer tea..

Nasi goreng meletup. ni salah order.. sebenarnya nak order nasi goreng meletup super pedas+petai tapi x perasan T_T

Husband makan sizzling lamb chop. x abes sbb lamb dia besar. kitorng bungkus bawak balik

amani dah buat muka pelik.. ni bukan gwiyomi ye dik..

 Lily Fruit.. memang sedap.





Masuk keta dua2 terus lena.. ^_^

okbai!

p/s: cukupla jalan2.pasni dok umah je tau!